THE Bukit Jalil National Stadium was a hive of activity and full of excitement on Friday (19 May 2017) as fans and the public gathered to experience the aura of the newly-completed Stadium ahead of the official opening of the 29th SEA Games Kuala Lumpur 2017 in August.
The stadium hosted a sporting event for the first time with a full-day Football Community Day tournament six local amateur teams, providing them the opportunity to feel the aura of playing at the upgraded Stadium.
Youth and Sports Minister, YB Brig Gen Khairy Jamaluddin expressed satisfaction over the event and more importantly, the overall condition and look of the venue, field and various facilities at the 20-year-old stadium.
The brand new look and feel of the stadium added excitement to fans and teams as they gathered at the venue since early afternoon.
“The grass remains intact, in good condition even after several matches today. More importantly, we were able to test the various facilities including the dressing room, giant screen, floodlights, sound system and other facilities,” said YB Brig Gen Khairy.
“We’ll take note of all the information gathered after today’s event so that we’re better prepared for any upcoming major tournament including the SEA Games or Malaysia Cup,” he said.
YB Brig Gen Khairy reiterated his intention to make the Stadium accessible to everyone, providing opportunities for amateur players and teams as well as the public to feel the aura of playing at National Staidum.
“This National Stadium belongs to the people, we invited the community teams to play here today as we want the National Stadium to be a people-centric Stadium.
Phase one of the construction work, involving upgrading of the National Stadium, Axiata Arena, National Hockey Stadium and National Aquatic Centre, began in 2015. The 29th SEA Games Kuala Lumpur 2017 commences from 19-30 August while the 9th ASEAN Para Games will be held two weeks later from 17-23 Sept.
SNBJ LULUS UJIAN
KESIAPSIAGAAN Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai gelanggang temasya Kuala Lumpur 2017 diuji menerusi acara Hari Komuniti Bolasepak di venue berkenaan pada Jumaat (19 Mei 2017).
Suasana meriah nyata sekali dengan kehadiran peminat dan orang awam yang berpeluang merasai sendiri aura berada di stadium berwajah baru yang akan menjadi venue pembukaan, penutup, bolasepak dan olahraga pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN pada Ogos dan September ini.
Acara sehari suntuk Hari Komuniti Bolasepak itu, yang merupakan acara sukan pertama di stadium berkenaan, digunakan untuk menguji tahap kesediaan venue berkenaan menjelang bermulanya Kuala Lumpur 2017 Ogos ini.
Berpuashati dengan keadaan padang Stadium, Menteri Belia dan Sukan YB Brig Jen Khairy Jamaluddin berkata ketahanan padang dan kesesuaian pelbagai fasiliti lain diuji bagi memastikan segalanya siap sedia menjelang bermula Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN.
Stadium yang menjalani kerja naik taraf sejak 2015 itu merupakan antara venue yang terletak dalam kluster Bandar Sukan Kuala Lumpur yang turut menempatkan Pusat Akuatik, Axiata Arena, Pusat Skuasy Nasional dan Stadium Hoki Nasional, akan menjadi gelanggang acara Pembukaan dan Penutup selain bolasepak dan olahraga.
Sejak awal petang, YB Brig Jen Khairy hadir bagi memeriksa sendiri keadaan padang selain terbabit secara langsung dalam perlawanan yang juga melibatkan pemain Akademi Tunas berusia tujuh hingga 12 tahun Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).
Enam kelab amatur yang beraksi pada kejohanan yang diilhamkan YB Brig Jen Khairy itu termasuk Majidee FC, Kupang FC, Shah Alam Antlers, Pemanis FC , Subang City FC dan BNM FC.
“Keadaan padang?…anda boleh lihat sendiri. Tidak ada mana-mana kawasan yang rosak atau rumput yang tercabut.
“Kita menganjurkan perlawanan ini agar dapat lihat dan uji kemudahan bilik persalinan, skrin gergasi, lampu limpah, sistem suara dan sebagainya,” kata YB Brig Jen Khairy.
“Segala maklumat yang diperolehi pada Hari Komuniti akan diambil maklum, supaya apabila berlakunya perlawanan lebih besar samada di peringkat Sukan SEA, Piala Malaysia atau melibatkan pasukan kebangsaan, stadium ini sudah bersedia,” tambah beliau.
YB Brig Jen Khairy menyifatkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai hak milik rakyat dan memberi peluang kepada orang biasa yang bukan dari kalangan pemain bolasepak professional agar dapat merasa aura bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil.