Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David bakal turun tanpa tekanan di Sukan Dunia (TWG) yang akan berlangsung di Warclaw, Poland bermula 20 julai depan.
Turun dengan status pilihan kedua kejohanan, Nicol tidak mahu beraksi dalam tekanan meskipun memasang impian untuk mempertahankan kejuaraan kali keempat dikejohanan itu nanti.
Pemain ranking keenam duni ini telahpun memenangi acara perseorangan wanita di temasya itu pada 2005 di Duisburg di Jerman, 2009 di Kaohshiung, Taiwan dan pada 2013 di Cali, Colombia.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu bakal menentang menentang pemain Rusia, Irina Beliaeva pada pusingan pertama.
Selain Nicol turut beraksi di kejohanan itu, adalah pemain nombor tiga dunia, Camaille Serme dari Perancis yang diletak selaku pilihan pertama.
Mengakui prestasinya masih belum berada di tahap terbaik, Nicol yang akan bergandingan dengan Rachel Arnold tetap berfikiran positif untuk melakar kemenangan disetiap perlawanan.
Kejohanan terakhir Nicol adalah di pusingan akhir Siri Dunia di Dubai bulan lalu yang menyaksikan beliau gagal melakar sebarang kemenangan di tiga perlawanan peringkat kumpulan.
“Selain Sukan Dunia, saya juga akan berpasangan dengan Rachel Arnold dalam acara beregu wanita pada Kejohanan Beregu Dunia di Manchester, England, bulan depan.
“Saya akan cuba membuka kempen di TWG dengan langkah kanan sebelum mengukur sejauh mana kemaraan yang boleh dibuat,”kata Nicol.
Acara skuasy pada temasya itu akan bermula dari 25 hingga 30 Julai ini manakala Kejohanan Beregu Dunia di Manchester dari 1 hingga 5 Ogos ini.
Tambahnya lagi, kejohanan ini boleh menjadi pemanas badan buat Nicol sebelum memulakan kempen Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) yang akan bermula pada September di Shanghai (terbuka China).
Terdahulu Nicol menghadiri majlis pelancaran Program Transformasi Kepimpinan Sukan Anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sports Warrior Global di Serdang. – OLEH KU MOHD LUFTI