The 19-year old heads to Teluk Intan, Shahrol Yuzy’s hometown with 100 points while Norizman of Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing trails with 98 points followed by Affendi Rosli (PETRONAS Yamaha CKJ), 76 points.
Zaqhwan has won four out of the first six rounds and has been leading the overall standings comfortably since Terengganu (Round Three) but a retirement in Kluang (Round Six) last month saw Norizman cut his championship lead to just two points.
With four rounds left this season, Yuzy stressed the 19-year old must remain focused despite his apparent dominance and he needs to approach every race with a solid strategy that will see him retain his championship lead.
“The remaining races will be very important, especially given the position he (Zaqhwan) is in now,” said Yuzy.
“With just two points, he does not have much wiggle room to make mistakes or finish without points. He needs to remain calm, plan ahead and do the best of his ability without taking too much risk. If he can win or finish ahead of Norizman that’s great, but if he can’t he has to make sure he only lose the minimum amount of points,” he added.
Speaking about his expectations for this weekend’s race where Zaqhwan will race infront of his homecrowd, Yuzy is confident his protégé can continue his strong form but remains wary that several teams will have extra motivation to achieve eye-catching result.
“Zaqhwan has always enjoyed racing at Teluk Intan and last season he won the race here. But our rivals are sure to bring their A-game so we will not take anything for granted,” he said.
ZAQHWAN JANGAN BUAT SILAP, PERLU BIJAK HADAPI TEKANAN
Shahrol Yuzy Ahmad Zaini mengingatkan pelumbanya, Mohd Zaqhwan Zaidi agar tidak melakukan sebarang kesilapan mudah jika berhasrat untuk terus mendahului kedudukan keseluruhan CP130 pada saingan pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, minggu ini.
Pemilik pasukan Givi Honda Yuzy Racing itu akui perlumbaan di Teluk Intan memberikan tekanan besar buat Zaqhwan memandangkan dia kini hanya dua mata mendahului Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) di dalam senarai keseluruhan.
Selepas enam pusingan, Zaqhwan di tangga teratas dengan 100 mata hasil empat gelaran juara namun kegagalan menamatkan perlumbaan lepas di Kluang yang dimenangi oleh Norizman memberi peluang buat pencabarnya itu merapatkan jurang dengan mengumpul 98 mata ketika ini. Mohd Affendi Rosli (PETRONAS Yamaha-CKJ) dikedudukan ketiga dengan 76 mata.
Dengan hanya berbaki empat pusingan sahaja lagi, Yuzy menekankan agar Zaqhwan perlu bijak merancang strategi dan lebih tenang untuk berdepan pencabarnya itu serta terus kekal di tangga teratas sehingga ke penghujung musim.
“Melihat kepada situasi ketika ini, baki empat perlumbaan ini sangat penting dan getir khususnya perlumbaan di Teluk Intan minggu ini,” jelas Yuzy.
“Dengan hanya perbezaan dua mata, dia (Zaqhwan) tidak boleh melakukan sebarang kesilapan mudah, apatah lagi menamatkan perlumbaan tanpa sebarang mata. Dia perlu tenang dan merancang strategi terbaik serta perlu bijak mencari peluang untuk menang. Pada masa sama dia perlu mengelak daripada mengambil sebarang risiko yang tidak perlu. Penting baginya untuk menamatkan perlumbaan di depan Norizman, jika tidakpun sekurang-kurangnya tidak ketinggalan jauh di belakang pencabarnya itu jika dia berhasrat mahu memenangi gelaran pada musim ini,” tambah Yuzy.
Mengulas lanjut, Yuzy yakin pelumbanya itu akan menunjukkan aksi dominan seperti pusingan-pusingan lepas ditambah faktor beraksi di halaman sendiri bekas pelumba MotoGP negara itu.
“Zaqhwan sentiasa menunjukkan prestasi baik di sini. Teluk Intan seperti halaman sendiri untuk kami seluruh pasukan. Malah dia turut bergelar juara di sini pada musin lepas. Cuma kami perlu berwaspada dengan pencabar lain kerana sudah tentu semuanya akan berhempas pulas untuk menang kerana saingan kini semakin ke penghujung.”