BAGI menyemarakkan penganjuran temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur Ogos ini dan September ini, Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017, dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), melancarkan penjualan nombor pendaftaran kenderaan ‘RIMAU’.
?Bidaan? untuk nombor pendaftaran RIMAU, nama rasmi bagi maskot temasya Kuala Lumpur 2017, akan dibuka secara rasmi 1 April ini bagi 9,999 nombor yang bermula daripada ‘RIMAU 1’ hingga ‘RIMAU 9999’.
Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin menggesa orang ramai mendapatkan nombor istimewa berkenaan sebagai kenangan berkekalan sempena penganjuran temasya itu.
“Beberapa tahun daripada sekarang, walaupun selepas tamatnya KL2017 dan berlangsungnya Sukan Asia Tenggara yang seterusnya, kita masih dapat mengekalkan memori dan pengalaman penganjuran temasya melalui satu nombor pendaftaran,” kata beliau.
“Walaupun sebelum ini kita pernah ada nombor khas seperti BAMBee (Piala Thomas dan Uber 2000) dan SUKOM (Sukan Komanwel 1998), RIMAU punyai keistimewaan kerana bersempena ulangtahun kemerdekaan negara ke-60.
“Selain itu, ia bagi membantu kita membiayai kos penganjuran. Kita tidak tahu berapa jumlahnya, dan kita juga tiada sasaran khusus, tetapi selepas tolak kos tertentu seperti kos pengurusan dan bidaan, kita akan salurkan bakinya,” kata YB Brig Jen Khairy selepas menyempurnakan majlis pelancaran plat kenderaan RIMAU di Putrajaya.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MASOC, Dato’ Seri Zolkples Embong dan Ketua Pegawai Operasi MASOC, En Shaiful Subahan.
Pemilihan nombor pendaftaran kenderaan “RIMAU” adalah bersempena dengan nama maskot KL2017, yang merupakan spesis Harimau Malaya. RIMAU merupakan singkatan kepada Hormat (Respect), Berwibawa (Integrity), Tangkas (Move), Bersikap Positif (Attitude) dan Bersatu (Unity).
Orang ramai boleh membuat bidaan secara atas talian di laman web www.kualalumpur2017.com.my melalui sistem e-bida, yang akan di dibuka selama dua minggu mulai 1 April dan ditutup pada 14 April 2017 untuk peringkat pertama.
Pembida yang berjaya mempunyai tempoh sehingga 31 Disember 2017 untuk mendaftarkan nombor mereka dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Untuk rekod, KL 2017 merupakan Sukan SEA yang keenam buat Malaysia sebagai tuan rumah manakala bagi Sukan Para ASEAN, ini merupakan kali ke-3 Malaysia mengendalikannya selepas 2001 dan 2009.
 KL2017: “RIMAU” REGISTRATION NUMBERS UP FOR GRABS
AS part of its efforts to drum up support for the upcoming Kuala Lumpur 2017 Games, the Malaysia Organising Committee (MASOC) Kuala Lumpur 2017 launched the “RIMAU” vehicle registration numbers, today (30 March) in Putrajaya.
For as low as RM500, the public and sporting fans can own for their “RIMAU” registration numbers  via the e-bid online system at the KL2017 website – www.kualalumpur2017.com.my
Official bidding for 9,999 RIMAU numbers, starting from “RIMAU 1” until “RIMAU 9999”, will start on April 1. Bidding will be accepted for two weeks and closes on 14 April 2017 for the first phase.
Youth and Sports Minister YB Brig Gen Khairy Jamaluddin urged members of the public to bid and own their RIMAU registration numbers as a special momento in conjunction of the 2017 Kuala Lumpur Games.
“Being the host of the SEA Games and ASEAN Para Games is something that everyone should be proud of. Hence, I would like to personally urge everyone to bid your own “RIMAU” unique registration number as a memorabilia of KL2017”, he said.
“Previously, even though we’ve had special registration numbers like BAMBee (Thomas and Uber Cup 2000) and SUKOM (1998 Commonwealth Games), RIMAU is special in its own way as the Games coincides with the country’s 60th Independence.”
“It would also help us in the funding of the Games,” said YB Brig Gen Khairy after officiating the launch of RIMAU registration number in Putrajaya.
Also present at the ceremony were Dato’ Seri Zolkples Embong, Chief Executive Officer of MASOC Secretariat KL2017 and En Shaiful Subhan, Chief Operating Officer of MASOC Secretariat KL2017.
The selection of “RIMAU” is in conjunction with the name of the KL2017 official mascot, a Malayan tiger species known for its bravery, competitiveness and friendliness. RIMAU stands for Respect, Integrity, Move, Attitude and Unity.
Successful bidders have until 31 December 2017 to register their numbers with the Road Transport Department Malaysia (JPJ).
Malaysia is hosting the 2017 Games after a lapse of 16 years while the 2017 ASEAN Para Games will be the third to be hosted by Malaysia after the ?2001 and 2009? editions.?