Norizman: Tahun mencabar buat pasukan.
Norizman: Tahun mencabar buat pasukan.

Malaysian Cub Prix Championship logoNorizman Ismail akui beberapa litar baharu yang diperkenalkan pada musim 2016 dilihat tidak banyak memberi kelebihan buat jentera Honda khususnya bagi kategori CP130 di dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016. Menjelang perlumbaan pusingan kelapan di Temerloh, Pahang, 24 dan 25 September ini, pelumba senior dari pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu merupakan satu-satunya pelumba yang menggunakan jentera Honda berada di kelompok lima pelumba terbaik di sebalik dominasi sepenuhnya oleh pelumba Yamaha.

Norizman ketika ini menghuni tangga ketiga dengan 68 mata manakala gabungan dua peluma PETRONAS Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin dan Ahmad Fazli Sham telah memenangi kesemua perlumbaan dengan Kasma mendahului senarai keseluruhan setelah mengumpul 150 mata dan Fazli 111 mata.

Kedudukan keempat dan kelima milik Ahmad Afif Amran dan Ahmad Fazrul Sham, masing-masing dengan 63 mata.

Venue baharu gagal beri kelebihan kepada jentera Honda.
Venue baharu gagal beri kelebihan kepada jentera Honda.

“Kempen kami pada tahun ini agak mencabar, terutama di litar baharu seperti Pasir Mas, Kelantan dan Kemaman di Terengganu. Litar yang agak pendek dan sangat teknikal menyebabkan kami sukar untuk mendapatkan pelarasan enjin dan suspensi yang terbaik. Namun saya bernasib baik kerana masih mampu menempatkan diri di tangga ketiga meskipun kehilangan banyak mata kerana gagal menamatkan perlumbaan di Kelantan dan Terengganu,” jelas Norizman.

Berbaki tiga pusingan lagi, Norizman akui peluang untuk mengejar kedudukan teratas sudahpun tertutup.

“Pada peringkat awal, strategi kami adalah untuk membantu dan meletakkan pelumba junior, Hafiz Nor Azman sebagai pelumba utama pasukan terutama sekali selepas melihat dia bersaing sengit bersama Kasma pada pusingan pembukaan. Namun nampaknya strategi kami tidak berjalan lancar dan saya juga perlu bekerja keras untuk membantu pasukan berada di kedudukan yang baik. Kami perlu mengkaji strategi terbaik untuk baki tiga perlumbaan ini.

“Dengan saingan sengit pelumba Yamaha termasuk Afif dan Fazrul, kami perlu merangka strategi untuk menaiki podium dan paling penting, membawa pulang mata sebanyak mungkin,” jelas Norizman yang tidak pernah gagal menempatkan diri dalam kelompok lima pelumba terbaik keseluruhan sepanjang lima musim lepas termasuk ketika bergelar juara CP130 pada tahun 2011,” jelas Norizman.

 

 

2016-petronas-aam-malaysian-cub-prix-championship-norizman-ismail-003

NORIZMAN: NEW RACE VENUES MAKE IT A TOUGH YEAR FOR HONDA

The high percentage of new race venues have made it tough for the Honda teams to make an impact in the 2016 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship. While the Yamaha contingent romped to the top of the standings led by the indefatigable Kasma Daniel Kasmayuddin, Norizman Ismail is the only Honda rider within the CP130 top five. The senior Harian Metro YTEQ SCK Honda Racing rider is hanging by a thread in third overall position with 68 points.

“This year’s campaign has been quite a struggle, especially in the new race tracks like Pasir Mas in Kelantan and Kemaman in Terengganu. The new race tracks were short yet highly technical and it was difficult for us to find the right engine and suspension setup. It’s a miracle that we are still third overall in the riders’ rankings considering we lost a lot of points due to mechanical failure in Kelantan and Terengganu,” said Norizman.

In the three remaining legs of the 2016 season, Norizman has grudgingly admitted that the overall title had already been lost.

“The team strategy at the beginning of the year was to pour all our efforts on to our junior rider Hafiz Nor Azman. Everyone was relishing a straight out battle between him and Kasma. Unfortunately, things did not pan out that way and suddenly I find myself back in the limelight trying to defend team honours. We will have to race very strategically for the next three rounds. With Ahmad Afif Amran and Ahmad Fazrul Sham threatening our position, it will be very important to know when to attack for the podium, and when to play it safe in order to collect important points,” said Norizman who had never ranked outside of the top five in the past five years.

- Advertisement -