Oleh Ku Mohd Lufti
Presiden baru Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Norza Zakaria mengesahkan pemain bergu campuran negara, Goh Liu Ying kini berada di Jerman untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan terhadap kecederaan bahu dan lututnya.
“Liu Ying (Goh Liu Ying) ke Jerman pada Sabtu lalu untuk berjuma dengan pakar untuk melihat kecederaan bahu dan lututnya serta akan dibantu wakil daripada Pgram Podium.
“Saya tidak mahu dia dirawat dengan cepat dan kembali menyarung jersi sebagai pemain kebangsaan, Liu Ying perlu dirawat dengan teliti di Jerman.
Tambah Datuk Seri Norza lagi, salah stau fokus utamanya adalah menjaga kebajikan atlet sejak mengambil alih BAM penghujung April lalu.
Malah, beliau telah mengadakan pertemuan empat mata dengan kesemua pemain untuk mengetahui keperluan daripada mereka.
“Dia (Goh Liu Ying) akan pulang pada 9Jun depan, saya sudah bertemu dengan pemain dan salah seorang daripadanya adalah Liu Ying.
“Dia perlu mendapatkan khidmat daripada pakar yang mahir dalam bidang kecederaan sukan. Kami perlu mendapatkan keputusan ujian terhadap kecederaannya dan pilihan bagi rawatan yang ada serta tempoh pemulihan yang diperlukan,”katanya lagi.
Dalam pada itu, dua jawatan dalam BAM akan dibuka pada minggu depan, iaitu Pengurus Besar BAM yang telah ditinggalkan oleh Lawrence Chew serta Ketua Akademi Badminton Negara.
Bagi jawatan Ketua Akademi Badminton Negara, tugas akan bermula awal tahun 2018 dimana ABN dijangka beroperasi sepenuhnya selepas kerajaan selesai membina dan menyerahkan bangunan tersebut kepada BAM.