Tarikh 17 Ogos menjadio detik manis buat Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria apabila dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.
Pengurniaan anugerah adalah bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tan Sri Norza juga merupakan Presiden badan induk badminton negara BAM sejak 2017 sebelum ini menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah pada 2016.
Kepimpinannya menyaksikan Malaysia melakar sejarah di pentas Olimpik apabila lagenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei meraih pingat perak tiga kali (2008, 2012, 2016).
Malah bergu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong serta bergu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut meraih pingat perak ketika di Olimpik Rio 2016
Tan Sir Norza menggalas tugas selaku Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada 2017, menggantikan Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar.
Kejayaan gemilang Tan Sri Norza adalah pada 2015 dimana Malaysia melepasi sasaran meraih 62 pinta emas di Sukan SEA Singapura ketika itu sedangkan sasaran yang ditetapkan adalah 48 pingat emas.