Espada Motobert Yamaha’s manager, Rosnizam Mohd Noor has not had the best season in the 2014 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship and he is hoping his riders can prove him wrong as they head to Round Eight in Kangar, Perlis this weekend.
For 2014, Rosnizam (Obert) brought in a new set of riders with Mohd Emir Firdaus Hasan and Mohd Hafizuddin Azahar in the CP130 while Mohd Rozaliman Zakaria competes in the CP115 but neither have been close to bagging a podium finish in the seven rounds that have passed.
At the start of the season Emir was tipped to be a regular podium contender given his vast experience in the national championship but for some reason things haven’t clicked just yet.Â
Instead the Penangite often finds himself racing in the mid-pack and is currently ranked 14th overall in the CP130 standings with just 34 points, leaving Obert with some concerns.
“Last year we took the CP130 title through Ahmad Fuad Baharudin but this year things have been very difficult. To be honest we were expecting a couple of podiums or consistent top five finishes from our riders because we have provided them with a lot of useful data,” said Obert.
“At the same time, we knew at the start of the season we had to be patient because our riders needed time to adapt with the new environment but our development has been quite slow both on the technical and rider side – putting us quite far back compared to the other teams. Nevertheless we look forward to Kangar and hopefully the team can produce stronger results there,” he added.
Speaking about his expectations for Kangar, a track that has not been included the Cub Prix calendar for the past two seasons, “Perlis is neutral ground so it’s hard to say who has the upper-hand so expect to see another close battle this weekend.”
OBERT SASAR KEPUTUSAN LEBIH BAIK DI KANGAR
Pengurus Espada Motobert, Rosnizam Mohd Noor berharap barisan pelumbanya dapat memperbaiki prestasi dan meraih keputusan lebih baik menjelang perlumbaan Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Kangar Perlis, minggu ini.
Rosnizam yang lebih dikenali sebagai Obert membawa masuk muka baharu pada musim ini iaitu Mohd Emir Firdaus Hasan dan Mohd Hafizudin Azahar dalam kelas CP130 manakala meletakkan Mohd Rozaliman Zakaria di dalam kelas CP115 namun ketiga-tiga pelumba itu masih gagal menaiki podium sepanjang perlumbaan lepas.
Sebagai pelumba berpengalaman, Emir menjadi taruhan Obert untuk mengejar kedudukan podium namun prestasi pelumba itu tidak begitu konsisten apabila sekadar berada di kedudukan ke-14 keseluruhan dengan hanya mengumpul 34 mata dan menimbulkan sedikit kebimbangan terhadap pasukan.
“Tahun lepas kami memenangi gelaran CP130 melalui Ahmad Fuad Baharudin namun tahun ini kami menghadapi pelbagai kesukaran. Sebenarnya saya mengharapkan agar pelumba-pelumba dapat meraih beberapa keputusan podium, atau setidak-tidaknya konsisten di kelompok hadapan,” jelas Obert.
“Dengan gandingan baharu pada tahun ini, kami tidak meletak sasaran tinggi pada awal musim kerana pelumba dan krew pasukan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri namun secara keseluruhan, kami berkembang dengan agak perlahan. Kami perlu mengenalpasti apa punca sebenar dengan secepat mungkin. Mudah-mudahan kami memperoleh keputusn lebih baik di Kangar minggu ini,” tambah Obert.
Mengulas tentang litar di Kangar di mana ia tidak berada dalam kalendar kejuaraan sepanjang dua musim lepas, Obert berkata, “Peluang lebih terbuka di sini jadi sukar untuk menjangkakan apa yang berlaku nanti. Semua pelumba dan pasukan mempunyai peluang sama rata, jadi saingan mungkin akan lebih sengit dan kami juga mahu menggunakan peluang ini untuk mencapai keputusan terbaik.”