LARIAN Obor Kuala Lumpur 2017 yang dianjurkan bersempena Sukan SEA ke-29Ā dan Sukan Para ASEAN ke-9 (juga dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 atauĀ KL2017) di Sabah mencipta sejarah tersendiri apabila Obor dibawa ke puncakĀ Gunung Kinabalu pada hari ini, 5 Jun 2017.
Gimik siri Larian Obor KL2017 itu menjadi lebih bermakna apabila Menteri Belia danĀ Sukan sendiri, YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin telah mengetuai dan turut menyertaiĀ pendakian tersebut. Rombongan mendaki memulakan perjalanan mereka dariĀ Pondok Timpohon, Kinabalu Park pagi semalam.
Turut bersama beliau adalah 23Ā pendaki lain termasuk para Ikon Ranau iaitu Juara Kinabalu Climbathon 2016,Ā Safrey Sumping serta dua jurupandu pendaki yang terlibat di dalam operasi mencariĀ dan menyelamat dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu pada tahun 2015,Ā Junaydie Sihan dan Jomius Binte.
Kumpulan pendaki juga turut disertai oleh dua orang awam yang dipilih melaluiĀ cabutan bertuah iaitu Mark Jinmin dan Muhammad Nadzul Faiz bin Nazli. Terdahulu,Ā YB Brig. Jen. Khairy telah membuat pengumuman melalui akaun Twitter beliau danĀ menjemput orang awam untuk menyertai ekspedisi membawa Obor KL2017 keĀ puncak Gunung Kinabalu dan akan memilih dua rakyat Malaysia yang bertuah untukĀ turut serta.
Acara gimik di Gunung Kinabalu merupakan antara tarikan unik di dalam siri LarianĀ Obor KL2017 kerana buat julung kalinya, larian ini mencipta rekod tersendiri apabilaĀ Obor dibawa naik menawan gunung tertinggi di Asia Tenggara. Selain membawaĀ Obor ke puncak Gunung Kinabalu, banyak lagi tarikan menarik yang bakalĀ dipersembahkan dalam siri Larian Obor KL2017 di seluruh negara.
Larian Obor KL2017 di Negeri Sabah menjelajah beberapa daerah utama iaituĀ Ranau, Keningau, Tawau, Sandakan, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu danĀ Sipitang.
Secara keseluruhannya, jarak Larian Obor KL2017 di Negeri Di Bawah Bayu iniĀ adalah sejauh lebih 30 kilometer dan akan berakhir pada 8 Jun 2017 nanti.Ā
Larian Obor KL2017 ini merupakan satu lagi pra-acara kepada temasya sukanĀ KL2017 yang dianjurkan oleh MASOC dengan kerjasama Jabatan Belia dan SukanĀ negeri di Malaysia. Ia adalah inisiatif untuk meningkatkan motivasi dan semangatĀ rakyat menjelang temasya sukan KL2017.
Obor yang bakal dibawa oleh para peserta di dalam larian ini merupakan hasilĀ rekaan khas daripada Royal Selangor untuk KL2017.
Larian Obor KL2017 bermula pada 13 Mei 2017 dan dijadualkan berakhir pada 12Ā Ogos 2017. Sementara itu, KL2017 akan berlangsung pada 19 hingga 30 OgosĀ 2017 bagi temasya Sukan SEA dan 17 hingga 23 September 2017 bagi Sukan ParaĀ ASEAN.
Untuk maklumat lanjut berkenaan KL2017 dan Larian Obor KL2017, sila layariĀ www.kualalumpur2017.com.my.
KUALA LUMPUR 2017 TORCH CONQUERS MOUNT KINABALU
THE Sabah edition of the Kuala Lumpur 2017 Torch Run organised inĀ conjunction with the 29th SEA Games and the 9th ASEAN Para Games (also knownĀ as Kuala Lumpur 2017 or KL2017) created history when the Torch was taken toĀ the summit of Mount Kinabalu today, 5 June 2017.
The occasion was made even more remarkable when the Minister of Youth andĀ Sports, YB Brig. Gen. Khairy Jamaluddin himself led and participated in theĀ expedition. The group of climbers began their ascent to Mount Kinabalu fromĀ Timpohon Gate, Kinabalu Park yesterday morning. Accompanying the Minister ofĀ Youth and Sports are 23 other climbers, including Ranau Icons Safrey Sumping,
the Champion of Kinabalu Climbathon 2016 as well as Junaydie Sihan andĀ Jomius Binte, the two guides who were involved in the search and rescueĀ operation during the 2015 Mount Kinabalu earthquake.
Also in the expedition were two members of the public, Mark Jinmin andĀ Muhammad Nadzul Faiz bin Nazli who were selected to join the group of climbersĀ via a lucky draw. Earlier, YB Brig. Gen. Khairy had tweeted an invitation toĀ members of the public to submit their interest in joining the expedition andĀ announced that two lucky Malaysians would be selected.
The gimmick at Mount Kinabalu is one of the unique attractions in the KL2017Ā Torch Run series as the run sets its own record for taking on the highest mountainĀ in Southeast Asia. Apart from taking the KL2017 Torch up to Mount Kinabalu,
there are several other unique gimmicks that will be featured in the KL2017Ā Torch Run across the country.
The run in Sabah traverses through several main districts including Ranau,Ā Keningau, Tawau, Sandakan, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu and Sipitang.Ā
Overall, the KL2017 Torch Run in the āLand Below the Wind (Negeri Di BawahĀ Bayu)ā covers a distance of over 30 kilometers and is set to end on 8 June 2017.
The KL2017 Torch Run is organised by MASOC and the Ministry of Youth andĀ Sports with the cooperation of the State Department of Youth and Sports as aĀ prelude to KL2017. It is one of the initiatives to boost the spirit of Rising TogetherĀ among the people across the nation leading up to the Games.
The KL2017 Torch was custom designed by Royal Selangor.
The KL2017 Torch Run commenced on 13 May 2017 and is scheduled to end onĀ 12 August 2017. KL2017 will take place from 19th to 30th August 2017 for theĀ 29th SEA Games and 17th to 23rd September 2017 for the 9th ASEAN Para Games.
For more information about KL2017 and the KL2017 Torch Run, please visitĀ www.kualalumpur2017.com.my