Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bersetuju untuk menunda temasya Sukan Olimpik Tokyo kepada tahun depan.
Menerusi sidang video yang turut disertai Presiden Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020, Yoshiro Mori, Presiden Olimpik, Seiko Hashimoto dan beberapa lagi wakil IOC mencapai kata sepakat selepas mengambil kira pandangan daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Berdasarkan situasi semasa, WHO berpendapat pandemik Covid-19 sedang merebak dengan pantas setiap jam dan sudah mencecah 375 000 kes diseluruh negara sekaligus bakal memberi impak terhadap persiapan atlet.
Justeru, Bach dan Shinzo Abe bersetuju untuk menunda temasya terbesar dunia itu namun meletakkan had ia perlu dianjurkan sebelum musim panas tahun 2021.
Andai temasya itu berlangsung pada tahun depan, IOC dan Jepun juga bersetuju untuk mengekalkan nama temasya sebagai Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020