Saingan kejohanan badminton Orleans Masters yang berlangsung di Perancis menyaksikan bergu lelaki dalam pembikinan, Wan Muhd Junaidi Wan Arif – Mohd Haikal Nazri mengesahkan slot ke pentas final selepas menundukkan wakil tuan rumah, Eloi Adam-Julien Maion dalam aksi separuh akhir yang berlangsung awal pagi tadi.

Arif dan Haikal memerlukan 41 minit untuk mengesahkan kemenangan straight set 21-18 21-16 sekaligus bakal berdepan pilihan ketujuh dari Belanda, Ruben Jille – Ties Van Der Lecq yang menundukkan gandingan Denmark, Joel Eipe Daniel Lundgaard dalam aksi tiga set

Arif dan Haikal yang diberi nama timangan bergu ‘patatimo’ oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidka menduga untuk pergi sejauh ini apatah lagi berjaya menundukkan dua bergu tuan rumah yang jauh lebih berpengalaman di pusingan pertama dan suku akhir.

Malah mereka juga turut menjalani ibadah puasa walaupun beraksi di pentas separuh akhir.

Satu lagi wakil negara, Yap Roy King – Teoh Mei Xing yang beraksi dalam acara bergu campuran, gagal mengikuti jejak Arif dan Haikal selepas tewas kepada gandingan dari Indonesia, Rehan Kusharjanto-Lisa Kusumawati 21-16, 21-15

 

 

- Advertisement -