Kemenangan yang terhasil di Stadium Kuala Lumpur selepas menewaskan Kuala Lumpur jelas keputusan yang dicari pengendali Selangor, P Maniam.

Gandingan pemain muda dan senior ternyata menampakkan petanda positif diawal permulaan bagi musim 2018.

“Banyak perkara positif yang dapat kita malam ini (semalam). Pemain muda dan senior begitu serasi dan mempamer aksi yang baik.

“Kami mahu melakukan yang terbaik musim ini berbanding tahun lalu, namun segalanya bergantung kepada pemain,”kata P Maniam.

Dalam pada itu, bekas pemain Kuala Lumpur ini juga mengesahkan beberapa pemain mengalami kecederaan dan ia mungkin memberi bayangan awal, Selangor perlu bekerja keras untuk perlawanan seterusnya.

Pemain veteran Selangor, Amri Yahya turut menyatakan pandangan yang sama terhadap prestasi pemain muda Selangor yang diturunkan ketika menentang Kuala Lumpur.

“Saya harap pemain muda yang ada dan berbakat ketika ini dapat menunjukkan lagi kemampuan mereka pada perlawanan akan datang.

“Untuk Selangor, kami akan cuba dapatkan sesuatu untuk pasukan ini. Apa yang penting adalah bermain secara satu pasukan dan pemain senior dan junior perlu bekerjasama,”kata Amri.

Dalam pada itu, pengendali The City Boys, Fabio Maciel pemain pemain menunjukkan persembahan yang baik malam tadi.

Hanya kesilapan kecil daripada pemain pemain yang menjadi punca kepada kekalahan malam tadi.

“Separuh masa pertama kami bermain baik walaupun melepaskan satu gol. Kesilapan pada separuh masa kedua memberi ruang kepada Selangor untuk menambah jaringan.

“Pemain pemain berjaya mencipta beberapa peluang dan secara keseluruhannya kami bermain dengan baik, tetapi Selangor memanfaatkan peluang yang ada,”kata Fabio.

Beliau juga akan melihat kembali kesilapan yang dilakukan pemain pemain sebelum mengharungi perlawanan seterusnya.

Beliau juga sedikit kecewa kerana beberapa pemain tidak menunjukkan prestasi yang ditetapkan.OLEH KU MOHD LUFTI 

 

 

- Advertisement -