Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) bakal mengenakan tindakan ke atas persatuan negeri jika atlet negeri berkaitan gagal dalam ujian doping.
Selain denda, atlet dan persatuan negeri juga bakal dikenakan penggantungan selaras dengan persetujuan yang telah dicapai ketika Mesyuarat Agung PABM pada 2019.
“Pada kesempatan ini juga,saya ingin sekali lagi memaklumkan bahawa PABM dan semua badan gabungan telah bersetuju untuk meletakkan negeri bertanggungjawab sekiranya berlakunya doping.
“Denda dan pengantunggan atlet dan negeri juga akan diambil sekiranya isu doping ini masih berlaku sepertimana yang telah dipersertujui Mesyuarat Agung PABM 2019 yang lalu,”kata Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh PABM.
Berhubung dengan penggantungan oleh IWF, Datuk Ayub akur dengan keputusan yang telah ditetapkan dan akan mengkaji samada mahu melakukan rayuan atau sebaliknya kerana perlu memikirkan faktor kewangan dan tempoh masa yang diberikan.
“Malaysia telah menjalani satu Pendengaran dan Siasatan Dalam pada 6 Mac 2020 melalui Skype oleh sebuah Jawatankuasa Panel Bebas yang telah dilantik oleh IWF.
“Panel tersebut, Independent Member Federation Sanctions Panel (IMFSP) telah dianggotai oleh Richard Young dari Amerika Syarikat beserta 5 panel lain,”katanya lagi
IWF menggantung PABM digantung dari menyertai sebarang aktiviti IWF selama satu tahun bermula 1 April 2020 hingga 1 April 2021 dan Persatuan Angkat Berat Amatur Thailand (TAWA) yang digantung tiga tahun sehingga 1 April 2023.
Pada 2019, PABM telah didenda sebanyak USD 25 600 berkaitan isu doping 4 atlet negara dan denda tersebut telahpun dilunaskan.