Sukma XVII Perlis 2014 - Angkat Berat - Constantine Clement
Constantine Clement


Oleh Ku Mohd Lufti

Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengumumkan Khairul Anuar Mohamad atlet yang terlibat denga kes gagal ujian doping ketika menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak Julai lalu.

Atlet yang mewakili negeri Pahang itu antara empat atlet yang disahkan gagal dalam ujian doping ketika menyertai SUKMA 2016.

Pemenang pingat emas bagi acara snatch dan clean and jerk bagi kategori 94 kilogram ini sekaligus kehilangan pingat yang dimenanginya.

Setiausaha Agung PABM, Pang Siew Huat menjelaskan, persatuan akan membuat sesi pendengaran pada bulan depan untuk memberi peluang kepada Khairul membela diri dan memberikan alasan tentang penggunaan bahan anabolic steroid.

Malah bahan yang digunakan oleh Khairul bakal memberikan hukuman gantung mandatory selama empat tahun berdasarkan peraturan daripada Agensi Antidoping Dunia (WADA).

Pang juga mengesahkan Khairul tidak akan mencabar keputusan sampel A dan tidak mahu melakukan ujian sampel B.

Khairul Anuar merupakan bekas atlet kebangsaan, namun digugurkan daripada skuad elit awal tahun ini atas sebab masalah displin.

Penarikan balik pingat emas bermakna Arief Azwan Zulkefli dari Selangor, yang sebelum ini memenangi pingat perak dalam disiplin snatch serta clean & jerk, meraih emas.

Pingat perak dan gangsa untuk disiplin snatch kini masing-masing menjadi milik Muhammad Naqqiudin Jaafar (Melaka) dan Christopher Merayang Johnnes (Sarawak) manakala bagi clean & jerk pula, pingat perak menjadi milik Muhammad Naqqiudin dan gangsa dimenangi Muhammad Syamil Iqmal Abu Bakar (Kedah).

Untuk rekod, ini merupakan kes ketiga atlet dari sukan angkat berat yang gagal dalam ujian doping bagi tahun 2016.

Constantine Clement dan Mohd Nasir Roslan digantung dua tahun selepas positif steroid ketika menjalani latihan di kem latihan pusat di China, April lepas.

- Advertisement -