Susulan kemelut yang melanda sukan angkat berat ketika ini, Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memutuskan untuk menggantung atlet angkat berat negara selama setahun.
Penggantungan berkuat kuasa serta merta dimana mana mana atlet angkat berat Malaysia tidak akan menyertai mana mana pertandingan di peringkat antarabangsa.
Jelas Ayub, mahu atau tidak, keputusan ini perlu dibuat kerana PABM bertanggung jawab di atas isu doping yang berlaku dan dilihat semakin serius.
“PABM beri isyarat kepada Majlis Sukan Negara (MSN) Institut Sukan Negara (ISN), Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) dan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (IWF), ketegasan dan keputusan yang cukup jelas bahawa kami bertanggungjawab dan cukup sensitif dengan kes kes seperti ini,”kata Ayub.
Ini bermakna, tiada atlet angkat berat negara yang akan mewakili Malaysia ke Sukan Asia 2018 di Indonesia pada Ogos depan.
Tambah Ayub lagi, keputusan ini mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak, namun mereka perlu faham tanggungjawab yang perlu dipikul berhubung isu ini adalah PABM.
Justeru, semua pihak perlu bertanggungjawab dan menjadikan ianya sebagai pelajaran demi mengembalikan semula kegemilangan sukan angakat berat.
Rentetan isu doping memaksa bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar megumumkan sukan angkat berat digugurkan sepenuhnya daripada program Sukan Teras Malaysia.
Jawatankuasa khas juga akan dibentuk bagi memantau dan menyampaikan laporan terhadap perkembangan semasa atlet sepanjang tempoh yang telah ditetapkan.
Malah, sebagai langkah permulaan, PABM mewajibkan atlet negara yang mengambil bahagian di kejohanan tempatan perlu mendapat sijil pengesahan daripada ADAMAS.
“Kita bersetuju, setiap atlet yang menyertai kejohanan tempatan termasuk Sukan Malaysia (SUKMA) perlu mendapatkan sijil Free Doping.
“Mereka perlu melakukan sendiri dan jika tiada sijil tersebut daripada ADAMAS, atlet yang berada di MSN atau negeri tidak boleh menyertai mana mana kejohanan termasuklah SUKMA,”katanya lagi seleps mempengerusikan mensyuarat pertama PABM di Kuala Lumpur.
Sukan angkat berat dipalit dengan empat isu doping setakat pertengahan 2018 dan terkini tiga atlet dimana dua daripadanya merupakan atlet remaja gagal dalam ujian doping yang dijalankan oleh IWF pada 15 Mac lalu di Bukit Jalil.
PABM mengesahkan masih belum menerima keputusan ujian sampel B daripada IWF dan akan membentuk jawatankuasa bagi proses pendengaran melibatkan ketiga tiga atlet berkenaan. KU MOHD LUFTI