Manny Pacquiao? menjalani latihan ‘sparring” selama lima pusingan pada Sabtu manakala juara WBA Lucas Matthysse menggandakan latihan di Kuala Lumpur bagi pertarungan hebat “Fight of Champions” yang berbaki lapan hari ?yang dijadualkan ?berlangsung ??di Arena Axiata di Bandar Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 15 Julai ini.
?Pacquaio, yang secara rasmi turun ke gelanggang pertarungan buat pertama kali selepas kekalahan di tangan peninju Australia Jeff Horn tun lepas, ??nyata tenang dan berpuas hati dengan persiapannya setakat ini.
Lawannya, Matthysse, yang terkenal dengan gelaran “The Machine” bukan calang-calang peninju dan nyata amat bersungguh-sungguh mahu membenam karier Pacquiao, sekaligus mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya awal tahun ini.
Pacquiao menjalani latihan sparring selama dua pusingan menentang ?rakan sepelatih ?Jheritz Chavez? dan tiga lagi pusingan menentang ?peninju lightweight George Kambosos Jr., ?dalam usaha memastikan keadaan beliau berada pada tahap tertinggi.
?Berlainan pula dengan Matthysse yang amat berahsia, mengadakan sesi latihan sparring tertutup pada Sabtu di Kuala Lumpur. Jurulatih ?Joel Diaz ?bagaimanapun berpuashati dengan tahap fizikal peninjunya itu yang menurutnya berada dalam keadaan cukup bersedia.
Matthysse ?dan pasukannya tiba di Kuala Lumpur dua malam lepas dari pusat mereka di Los Angeles bagi menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca tempatan dalam usaha mempertahankan gelaran welterweight beliau menentang Pacquiao, juara lapan divisyen dari Filipina itu.
Biarpun disebarkan dengan berita kesediaan Matthysse, kem Pacquiao tidak gentar dengan ketua jurulatih Buboy Fernandez menyatakan Pacquiao sudah bersedia untuk menumbangkan peninju Argentina itu.
“Pacquiao sendiri menyatakan beliau berpuas hati dengan kem latihannya, kerjasama di kalangan anggota pasukannya amat rapat manakala jurulatih kekuatan dari Australia Justin Fortune juga berpuashati dengan keadaan ketika ini,” kata Fernandez.
Pacquiao kini memburu kejayaan ke-60 beliau. Beliau sebelum ini kalah tujuh kali dan seri dua kali (30 Kemenangan KO) sepanjang karier professionalnya.
Nyata sekali, “persaraan” tiada dalam kamus beliau setakat ini, apabila beliau dengan yakin menyerlahkan keupayaan fizikal dan pergerakan yang mantap seperti mana yang pernah diserlahkan ketika beliau memanjat tangga kejayaan daripada kategori flyweight, bantamweight sehinggalah ke super welterweight.