Ketua jurulatih Pahang Rangers, Gerard Casas mengakui belum boleh merancang sebarang program latihan untuk pasukannya selagi tidak mendapat gambaran mengenai kalendar musim baru Malaysia Premier Futsal League (MPFL) dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Pengendali dari Sepanyol itu kembali ke Malaysia pada bulan lalu selepas lebih lima bulan âterperangkapâ di Sepanyol gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi setakat ini belum ada idea mengenai bila sesi latihan rasmi pasukan akan bermula.
Bagaimanapun beliau ketika ini sudahpun turun ke gelanggang untuk mengendalikan sesi pemilihan pemain B-21 tahun untuk menyertai Akademi Pahang Rangers pada musim depan.
âYa ia mengujakan untuk kembali ke Kuantan selepas hampir enam bulan dan kembali melakukan apa yang saya suka, terlibat dengan pemilihan dan saya dapati Pahang ramai pemain muda berbakat dan berkualiti.
âSekarang saya sabar menunggu pengumuman daripada FAM sebelum memanggil dan mengumpulkan para pemain untuk sesi latihan.
âTiada guna kita turun berlatih tanpa mengetahui bila liga akan bermula, jadi ia bergantung kepada kalendar musim baru, dan kemudian merancang mengenai pra-musim, pengambilan pemain import dan sebagainya.
âTetapi saya faham FAM pastinya perlu mempertimbangkan banyak perkara selain kekangan yang dihadapi disebabkan Covid-19 dan PKP sebelum membuat satu keputusan. Mereka juga berada dalam satu situasi yang sukar,â kata Gerard.
Sebagai rekod, Pahang Rangers yang merupakan naib juara MPFL 2019 dilabel sebagai pasukan pilihan bagi musim 2020 selepas berjaya merekrut dua lagi tonggak skuad Harimau Malaya â Ridzwan Bakri dan Awalluddin Mat Nawi â menjadikan keseluruhan lapan pemain kebangsaan di dalam pasukan.
Malah mereka membuka tirai MPFL 2020 dengan penuh bergaya setelah menewaskan Sarawak 9-1 di Stadium Tertutup SUKPA Kuantan. Liga bagaimanapun terpaksa ditangguhkan pada 16 Mac 2020 selepas perlawanan pertama itu berikutan PKP.
Namun pada bulan Jun, FAM mengumumkan MPFL tidak akan disambung dan semua keputusan perlawanan pertama terbatal.
Sebelum ini ada khabar angin bertiup FAM mungkin akan mengawalkan sepak mula MPFL 2021 ke bulan Disember 2020 tetapi beberapa pasukan yang terlibat difahamkan belum bersedia terutama dari segi venue dan kewangan disebabkan impak Covid-19.