Kim Pan-gon akan kekal sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia sehingga 2025.

Ini susulan pengesahan Presiden FA Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin minggu ini.

“Dia seorang yang memberikan komitmen sepenuhnya. Sebab itu kami mahu dia terus menjadi jurulatih dan melakukan sesuatu yang istimewa untuk Malaysia,” kata Hamidin.

Pan-gon mengambil alih tampuk pimpinan pasukan tahun lalu selepas Tan Cheng Hoe berundur.

- Advertisement -