–fotoBERNAMA

Selepas membutirkan pingat emas ketiga Malaysia semalam, dau ratu terjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong terus memburu pingat emas kedua dari acara terjun selepas layak ke final dalam acara terjum 10 meter platform wanita individu.

Selain Jun Hoong dan Pandelela, turut disenarai bagi pusingan kelayakan mewakili kontinjen Malaysia penerjun muda berusia 15 tahun, Kimberly Qian Bong.

Penampilan sulung Kimberly di pentas Sukan Komanwel pastinya akan mematangkan atlet kelahiran Sarawak ini di kejohanan lain selepas ini, menamatkan saingan kelayakan di tangga ke 12.

Namun Kimberly tetap layak beraksi di pentas final kerana hanya 12 penerjun yang mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan.
Tempat pertama diungguli Pendelela Rinong yang mengumpul 339 mata keseluruhan, hanya dibezakan dengan 9.10 mata dengan seorang lagi penerjun negara yang berada di tangga kedua, Cheong Jun Hoong.

Berdasarkan rekod semasa di pusingan kelayakan, Malaysia berpeluang untuk meraih pingat emas dan perak, namun bergantung kepada pungutan mata yang terhasil di pusingan akhir malam ini.

Kejutan berlaku pada hari pertama bagi acara terjun semalam apabila Malaysia meraih satu emas dan dua pingat gangsa.

Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri menyumbang pingat gangsa menerusi terjun seirama 3 meter papan anjal sebelum meraih satu lagi gangsa di sebelah malam dalam acara 10meter platform seirama manakala Pandelela dan Jun Hoong menyumbang emas dalam acara yang sama. – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -