Spekulasi yang mengtatakan lagenda Itali, Christian Panucci akan mengendalikan Kelantan FC hanya sekadar khabar angin.

Pengesahan itu dibuat pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman kepada Berita Harian dengan kenyataan mudah, khabar angin.

Ia sekaligus menolak spekulasi yang mengatakan Panucci akan menjadi Ketua Jurulatih pasukan Kelantan FC untuk menghadapi Liga Malaysia musim 2021.

Norizam atau Zamsaham sebelum ini menjelaskan jurulatih yang akan memimpin Kelantan FC adalah dari Itali dan pernah membimbing pasukan kebangsaan.

Cerita Panucci hangat di media sosial apabila gambar Christian Panucci dikongsikan oleh Zamsaham baru baru ini.

Siapa yang akan memimpin Kelantan FC hanya akan diketahui ketika majlis memperkenalkan pasukan itu yang dijangka akan diadakan diantara penghujung Januari atau awal Februari.

 

 

- Advertisement -