Jaguh badminton para negara, cheah liek hou membuktikan kehandalannya apabila menghadiahkan pingat emas pertama untuk malaysia pada final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Porte De La Chapelle Arena.
Liek Hou yang juga juara dunia lapan kali menumpaskan pencabarnya dari Indonesia, Suryo Nugroho yang sebelum itu menumpaskan seorang lagi pemain Malaysia, Muhammad Fareez Anuar di peringkat separuh akhir.
Liek hou dilihat tidak berhadapan masalah untuk menewaskan pencabarnya yang berada di ranking kelima dunia menerusi kemenangan straigh set 21-13, 21-15 dalam tempoh 26 minit.
Kemenangan ini juga menyaksikan Liek Hou berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenanginya pada Paralimpik Tokyo 2020.
Kemenangan ini pastinya meniup semangat atlet paralimpik Malaysia dalam mencapai sasaran empat pingat emas yang diletakkan oleh Majlis Paralimpik Malaysia (MPM)
Sementara itu hasrat untuk melihat Muhammad Fareez memenangi pingat gangsa dalam acara sama tidak kesampaian apabila tewas kepada rakan senegara Suryo, Deva Anrimusthi yang sebelum itu dikalahkan oleh Liek Hou pada peringkat separuh akhir.
Muhammad Fareez tewas dalam perlawanan yang berlanjutan sehingga ke set penentuan dengan keputusan 21-17, 19-21 dan 21 – 12.
Allianz Malaysia merupakan penaja utama Program Para sejak 2022 sehingga kini dan telah menyambung kontrak bersama Majlis Sukan Negara sehingga 2028 bagi menyokong Program Pembangunan Para sehingga ke Program Podium Para.