Kejayaan meraih pingat perak pada edisi kali ini telah memadam episod gelap menghantui jaguh olahraga para negara Muhammad Ziyad Zolkefli yang dibatalkan penyertaannya gara-gara lewat ke bilik panggilan pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Mengambil iktibar daripada insiden berkenaan, atlet berusia 34 tahun itu hadir 20 minit lebih awal ke bilik panggilan di Stade de France sebelum memulakan aksi acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) Sukan Paralimpik Paris 2024
Pada aksi akhir, Muhammad Ziyad meraih pingat perak dengan catatan 17.18 meter (m) di belakang wakil Ukraine Oleksandr Yarovyi yang melakukan rekod dunia baharu 17.61m untuk emas.
Rakan sepasukannya, Maksym Koval pula terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas melakukan lontaran sejauh 16.99m.
Allianz Malaysia merupakan penaja utama Program Para sejak 2022 sehingga kini dan telah menyambung kontrak bersama Majlis Sukan Negara sehingga 2028 bagi menyokong Program Pembangunan Para sehingga ke Program Podium Para.