Atlet pecut negara, Mohd Ridzuan Mohd Puzi terpaksa akur untuk pulang dengan tangan kosong apabila menamatkan saingan final pecut 100 meter T36 dikedudukan ke 4 sebentar tadi.
Dekwan yang menamatkan perlumbaan peringkat saringan kedua ditempat pertama memulakan saingan dilorong kelima tampak bermula dengan baik untuk berada dalam kelompok paling depan sambil dikejar pemegang rekod dunia, James Turner.
Kedudukan mula berubah di baki 30 meter terakhir apabila Dekwan semakin ketinggalan tatkala James Turner mengekalkan kelajuan dan pelari dari China, Deng Peicheng dan Alexis Sebastian Chavez dari Argentina semakin mempertingkatkan kelajuan.
Ridzuan Puzi yang memenangi emas di Paralimpik Rio de Janeiro lima tahun lalu terpaksa aku untuk melihat Peicheng melintasi garisan penamat selaku pemenang pingat emas dengan catatan masa 11.85 saat sekaligus memperbaharui rekod kejohanan diikuti James Turner selaku pemenang pingat perak dengan catatan 12.00 saat manakala Sebastian melengkapkan podium selaku pemenang pingat gangsa.
Dekwan pula hanya ketinggalan 0.13 saat dibelakang Sebastian untuk berada di kedudukan keempat.