The final round of the 2014 PETRONAS Asia Road Racing Championship is expected to be a thrilling affair with the arrival of several wildcard entries in the SuperSports 600cc category at the Losail International Circuit in Doha, Qatar this weekend.

Leading the wildcard charge would be Broc Parkes. Best known for his success in the World SuperSports Championship (WSS) and a former Grand Prix rider, Parkes will take to the grid with Akeno Speed Racing and partner Japan’s Makoto Inagaki.

This however is not the Australian’s maiden entry in the Asian Championship. The 32-year old made a one-off appearance in last season’s finale in Qatar to secure a front row start in the qualifying and finished fourth in Race 1 and Race 2 second.

Joining Parkes on the grid includes former SuperSports 600cc rider and current Moto2 contender, Thitipong Warakorn (AP Honda Thailand) and Spanish National Championship Moto2 Champion, Jesko Raffin (AP Honda SAG Team).

Organizers of the Asian Championship, Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd Promotions Director, Ron Hogg said, “Parkes, Thitipong and Raffin’s appearance is expected to shake up the competition, putting a lot of pressure on potential SuperSports 600cc champions. It will be very interesting to see the outcome of this weekend’s battle.”

Currently six riders are in contention for the coveted crown with Katsuaki Fujiwara leading the standings with 147 points, followed by Yuki Ito (140 points), Zaqhwan Zaidi (125 points), Makoto Tamada (121 points), Tomoyoshi Koyama (118 points) and Zamri Baba (110 points).

PELUMBA MOTOGP SERTAI PUSINGAN AKHIR ARRC DI QATAR 

Pusingan Akhir Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) dijangka bertambah sengit dengan penyertaan beberapa pelumba ternama yang akan beraksi atas tiket wildcard dalam kategori SuperSports 600cc di Litar Antarabangsa Losail, Doha, Qatar, minggu ini.

Mengetuai senarai ialah pelumba kategori MotoGP Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia, dan Kejuaraan SuperSports Dunia, Broc Parkes yang akan beraksi bersama pasukan Akeno Speed Racing bergandingan bersama pelumba Jepun, Makoto Inagaki.

Ini merupakan tahun kedua pelumba Australia itu beraksi di dalam ARRC selepas tampil cemerlang meraih kedudukan keempat pada Perlumbaan 1 dan naib juara Perlumbaan 2 di litar sama pada musim 2013.

Selain Parkes, bekas pelumba SuperSports 600cc yang beraksi untuk musim penuh saingan Moto2, Thitipong Warokorn turut beraksi dan akan membawa cabaran pasukan AP Honda Thailand serta penyertaan juara kategori Moto2 Kejuaraan Motosikal Sepanyol, Jesco Raffin yang akan beraksi buat pasukan AP Honda SAG Team.

Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing, penganjur bagi siri Kejuaraan Asia, Ron Hogg berkata, “Kehadiran Parkes, Thitipong dan Raffin dijangka akan menjadikan saingan SuperSports 600cc kali ini bertambah sengit dan mendatangkan lebih banyak tekanan kepada pencabar-pencabar utama merebut takhta kejuaraan ketika ini. Pasti menarik untuk melihat bagaimana pelumba khususnya yang sedang bersaing merebut gelaran juara keseluruhan berhadapan dengan pelumba-pelumba wildcard pada perlumbaan minggu ini.”

Selepas lima pusingan, enam pelumba teratas masih berpeluang untuk merebut gelaran keseluruhan dengan pendahulu, Katsuaki Fujiwara mengumpul 147 mata, diikuti Yuki Ito kedua, 140 mata, Mohd Zaqhwan Zaidi ketiga (125 mata), Makoto Tamada (121 mata), Tomoyoshi Koyama (118 mata) dan Zamri Baba (110 mata).

- Advertisement -