#Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing sudah bersedia untuk melakar sejarah di pusingan kedua Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategory Wira KBS.

 

 

Musim ini bermula dengan nada yang positif bagi pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing apabila mereka menyambar kesemua kedudukan di podium pada pusingan pertama.

Pasukan ini yang di bawah bimbingan dan tunjuk ajar K Sivanesan, pengurus dan pemilik pasukan telah memberikan fokus penuh dalam membina dan mengukuhkan prestasi pelumba-pelumba kelas Wira KBS.

Md Syamil Amysar, pelumba yang meduduki tempat kelima keseluruhan bagi tahun 2021, kini tampil dengan kemahiran dan prestasi yang mengejutkan apabila beliau menamatkan perlumbaan pada pusingan pertama, 5 saat lebih pantas daripada rakan sepasukan yang menyusulinya di tempat kedua.

Menurut Syamil, “Pusingan pertama merupakan suatu pembukaan yang positif bagi saya. Akan tetapi, litar Tangkak adalah sukar bagi saya. Saya masih berusaha untuk mendapatkan keserasian dan juga tips yang dapat membantu saya untuk berlumba dengan lebih yakin.”

Menurut Sivanesan, “Setiap litar adalah berlainan dan setiap pelumba mempunyai set kemahiran yang berbeza. Kami sentiasa cuba memperbaiki strategi serta mengubahsuai jentera mengikut kesesuaian litar dan juga pelumba agar mencapai tahap performasi yang maksima di setiap perlumbaan.”

“Untuk pusingan kedua, kami memberikan penumpuan terhadap kemahiran teknikal yang memerlukan kecergasan mental dan fizikal. Dengan ini, kami berharap dapat menguasai pusingan kedua dan mendapat tempat di podium.”

- Advertisement -