Bekas pemain AC Milan(Serie A), Chelsea (EPL) dan Tianjin (China Super League), Alexandre Pato memutuskan untuk meninggalkan Sao Paolo atas persefahaman bersama selepas sepkulasi pemain kelahiran Brazil itu dikaitkan dengan perpindahan ke Internacional.

Pemain berusia 30 tahun itu masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun dengan Sao Paolo, menjaringkan 9 gol dalam 25 penampilannya bersama kelab itu.

Pato merasakan beliau tidak berada di dalam perancangan pengurus kelab it, Fernando Diniz apabila lebih banyak memanaskan bangku simpanan.

Beliau meluahkan hasratnya mahu meninggalkan kelab itu menerusi ciapan di laman twitternya baru baru ini.

Pato mengucapkan terima kasih kepada kelab dan peminat peminat di atas sokongan yang diberikan sepanjang 17 bulan bersama Sao Paolo.

Laporan media tempatan mendedahkan, Pato dalam proses mengadakan rundingan dengan Internacional dimana ketika remaja beliau menjaringkan 10 gol dalam 25 penampilan sebelum berhijrah ke AC Milan pada 2007.

Internacional dikatakan sedang mencari pengganti kepada penyerang yang juga kapten pasukan antarabangsa Peru, Paolo Guerrero sehingga penghujung musim susulan kecederaan lutut.

Kelibatnya dalam saingan Serie A bersama sama AC Milan cukup digeruni apabila menjaringkan 57 gol dalam 125 penampilan dari 2008 hingga 2011.

Faktor kecederaan dan persembahan yang tidak konsisten menyebabkan beliau ‘dibuang’ dan berhijrah ke kelab kelab antaranya Corinthians, Sao Paulo, Chelsea, Villarreal and Tianjin Tianhai.

 

- Advertisement -