pdrm.ganu

Oleh Ku Mohd Lufti

Penyerang import baru PDRM, Guilherme De Paula tampak tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan pasukan barunya.

Malah, pengendali The Cops, Fauzi Pilus berkata, De Paula cepat menyesuaikan diri dan memberikan seratus peratus ketika sesi latihan.

“Saya berpuashati dengan aspek teknikal yang dia ada, kebolehan yang dia ada adalah yang tersendiri. Kita harapkan gandingan Paula bersama pemain pemain lain seperti Safwan Hasyim, Lot Abu Hassan, Andrezinho bersama sama pemain di posisi pertahanan (K Reuben, Faizal Muhammad),” kata Fauzi Pilus.

Guilherme telahpun membuktikan kemampuannya sebagai penggempur apabila melakar jaringan untuk membantu PDRM menewaskan UiTM FC dalam aksi persahabatan baru baru ini.

Pemantaun ke atas Guilherme akan terus dilakukan, malah Fauzi turut menambah, penyerang kelahiran Brazil itu perlukan kerjasama andai mahukan ketajaman penyudah didepan gawang.

“Pemain pemain lain jika tidak bermain sebagai satu pasukan, De Paula akan bermasalah. Justeru dia memerlukan kerjasama daripada semua rakan rakan untuk membantu dibahagian serangan.” Katanya lagi.

Guilherme de Paula mengambil alih posisi yang ditinggalkan Ali Ashfaq yang terpaksa dilepaskan susulan kecederaan yang serius.

Malah, Fauzi memberi bayangan, Guilherme De Paula sahaja yang akan dibawa masuk dan tiada pertukaran pemain import lain akan dilakukan.

Fauzi hanya memberi tumpuan terhadap rombakan pemain tempatan dan sedang memburu dua atau tiga pemain untuk dibawa masuk ke dalam skuad PDRM.

- Advertisement -