rahmad_T-Team
Ketua Jurulatih T-Team Rahmad Darmawan

Oleh Ku Mohd Lufti

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Ahmad Razif Abdul Rahman mengumumkan persatuan akan menjalani proses rombakan secara menyeluruh susulan aksi hambar dalam saingan Liga Super musim ini.

Malah PBSNT akan memberi tumpuan kepada T Team yang mempamer aksi positif termasuklah layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

“Kita akan menambah baik pasukan T-Team bagi meningkatkan prestasi pasukan itu pada musim depan,” kata Ahmad Razif.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu turut memberi peluang kepada skuad Terengganu untuk mengekalkan kedudukan dalam Liga Super.

Pertemuan dengan Pulau Pinang akan menentukan nasib skuad Peteh pada 22 Oktober depan samada mereka kekal atau turun ke Liga Premier.

Skuad Terengganu masih mempunyai peluang untuk kekal dalam Liga Super musim depan kecuali gagal mengatasi Pulau Pinang dalam aksi terakhir liga pada 22 Okt ini.

Selepas 21 perlawanan Liga Super setakat ini, Terengganu hanya menang lima perlawanan, seri empat dan kalah 12 perlawanan untuk menghuni tangga tercorot liga dengan 19 mata.

Terengganu juga perlu bersaing dengan empat lagi pasukan, Pulau Pinang, Sarawak, Pahang FC dan  PDRM susulan jarak mata yang dekat.

Pulau Pinang berkongsi 19 mata dengan Terengganu, manakala Pahang FC dengan 20 mata selepas memgharungi 21 perlawanan sementara Sarawak dan PDRM berkongsi 21 mata.

- Advertisement -