Gandingan bergu perempuan, Pearly Tan Koong Le – M Thinaah tidak mahu aksi sulung di Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2020 berakhir dengan mudah.

Pertama kali menyertai kejohanan bertaraf  Super 500, Pearly dan Thinaah akan memulakan saingan dalam pusingan kelayakan berdepan gandingan dari Denmark, Alexandra Boje – MettePoulsen.

Jika menang, Pearly  – Thinaah akan beraksi di pusingan pertama undian utama dan dijangka berdepan pemenang satu lagi pusingan kelayakan diantara rakan sepasukan, Anna Ching Yik Cheong – Lim Chiew Sen dan bergu dari Indonesia, Anggia Shitta Awanda – Pia Zebadiah Bernadet.

Meskipun masih mencari rentak untuk menyesuaikan diri dalam acara bergu, Thinaah percaya komunikasi yang baik akan membantunya dalam merencana strategi ketika berdepan lawan.

“Meski masih baru dalam acara bergu selepas beralih daripada perseorangan, kami merasai pelbagai pengalaman samada baik atau sebaliknya. Apa yang penting adalah berbincang dan membentuk komunikasi yang lebih baik di antara kami berdua selepas tamat perlawanan.

“Tahun 2020, kami akan cuba member focus terhadap satu perlawanan demi satu perlawanan dan mempertingkatkan lagi ranking untuk beraksi di kejohanan yang lebih tinggi,” kata Thinaah.

Tambah pemain berusia21 tahun ini, beliau tidak mahu memfokuskan sasaran di Perodua Malaysia Masters, sebaliknya memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan yang akan diharungi.”

Rakan seperjuangan Thinaah, Pearly tampak semakin bersedia untuk beraksi di pentas yang lebih kompetitif.

Pemain berusia 19 tahun yang juga naib juara Kejohanan Remaja Dunia 2018 dalam acara bergu wanita yakin, barisan kejurulatihan punya perancangan untuknya dan M Thinaah sebelum turun ke gelanggang di Arena Axiata bagi mengharungi pusingan kelayakan.

“Jurulatih akan member tumpuan yang lebih terutama kemahiran dan kekuatan. Meskipun belum berusia setahun sejak kami berdua digandingkan ada kejohanan yang membanggakan kami dan ada juga yang mengecewakan.

“Kami memenangi dua gelaran juara di peringkat Cabaran Antarabangsa (International Challenge) dan Siri Antarabangsa (International Series). Ianya permulaan yang baik dan saya berharap 2020 kami akan meraih lebih banyak gelaran di kejohanan yang lebih tinggi seperti Super 100,” kata Pearly Tan

Mengulas tentang sasarannya di Perodua Malaysia Masters yang akan bermula bulan depan, Pearly mengharapkan beliau dan Thinaah Berjaya keundian utama.

“Aksi sulung di Super 500, sudah tentu kami berharap untuk beraksi di undian utama. Tetapi saya tidak mahu member tekanan ke atas diri sendiri dan akan berikan yang terbaik dan menikmati serta member sokongan bersama-sama Thinaah untuk perlawanan yang akan diharungi kelak,” katanya lagi.

Andai berpeluang untuk mara ke undian utama, Pearly tidak akan member ruang kepada sesiapa sahaja termasuk gandingan-gandingan utama seperti pilihan  kelapan GreysiaPolii – Apriyani Rahayu dari Indonesia atau Mayu Matsumoto – Wakana Nagahara yang diletak selaku pilihan ketiga dari Jepun.

Pearly dan Thinaah merangkul trofi pertama di Victor Malaysia International Series yang berlangsung di Ipoh, Perak pada Jun disusuli menaiki podium selaku naib juara Sydney International 2019 pada penghujung September.

Prestasi bergu negara ini semakin menyerlah apabila muncul juara di Infosys Foundation – India International Challenge 2019 pada November sebelum menutup kalendar 2019 dengan gelaran juara ketiga selepas mengungguli Yonex Sunrise Bangladesh International Challenge 2019 pada pertengahan Disember.

Malaysia Masters 2020 dijadual berlangsung dari 7 hingga 12 Januari merupakan kejohanan berstatus Super 500 oleh Pesekutuan Badminton Dunia (BWF) yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan US 400 000.

Berita baik buat peminat peminat yang ingin menyaksikan perlawanan Perodua Malaysia Masters, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan tiada bayaran tiket dikenakan bagi perlawanan yang berlangsung pada 7 Januari 2020.

Bayaran tiket hanya dikenakan untuk perlawanan pada tarikh 8 sehingga 12 Januari.

Potongan harga sebanyak 10 peratus untuk pembelian tiket dan akan tamatpada 25 Disember depan.

Harga tiket bermula dari RM 49 shingga RM 289 mengikut kategori (upper, lower, premium) sementara harga tiket pelajar berumur dari 4 hingga 18 tahun yang lahir dari 2001 hingga 2017 akan dikenakan bayaran bermula RM 13 hingga RM 74.

Pas bermusim juga boleh didapati untuk saingan kali ini. Sebarang maklumat lanjut mengenai tiket sila layari http://www.myticket.asia

- Advertisement -