Sukan Olimpik belum bermula secara rasmi, namun sudah ada tangkapan dibuat.
Jurulatih olahraga Itali, Claudio Berardelli di dakwa di Mahkamah di Nairobi pada selasa dakwaan menggunakan bahan bahan terlarang kepada atlet marathon dari Kenya.
Beliau didakwa menggunakan ubat untuk meningkatkan prestasi atlet, EPO kepada Rita Jeptoo pada 2014 sekaligus digantung daripada melibatkan diri dengan sukan tersebut selama dua tahun.
Berardelli ditahan pada Julai bersama sama dua lagi jurulatih, Federico Rosa, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin.
Jeptoo merupakan juara marathon dua kali berturut turut di Boston dan Chicago pada 2013 dan 2014 bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan membawa kes kepada Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS).
Kenya terkenal dengan pelari jarak jauh, seringkali menjadi tumpuan susulan kes doping dan setakat ini, 40 laporan telahpun didedahkan bagi tahun lalu.