rimau

‘Komuniti Asia Tenggara Bangkit Bersama Temasya Sukan SEA 2017”

 

Menteri Belia danSukan, Khairy Jamaluddin melancarkan logo, maskot, tema serta pendaftaran sukarelawan Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017, sekaligus memulakan kempen menjelang negara menjadi tuan rumah temasya terunggul di rantau ini, di Esplanade, Suria KLCC di sini, malam ini.

Tema temasya iaitu “Bangkit Bersama” dipilih seiring dengan cabaran terkini dan akan datang yang perlu ditempuhi oleh negara-negara Asia Tenggara sebagai satu komuniti.

Khairy berkata: “Rantau Asia Tenggara telah melangkah jauh untuk meletakkan dirinya unggul di peringkat antarabangsa dan sudah tiba masanya kita semua berganding bahu membuka lembaran baru dalam perjalanan berlandaskan keamanan, kemajuan dan kemakmuran.

“Temasya Kuala Lumpur 2017 akan menjadi Sukan SEA pertama selepas pembentukan Komuniti ASEAN dan sukan akan memainkan peranan yang penting dalam penyatuan seluruh rakyat Asia Tenggara meraikan kejayaan dan semangat setiakawan, selain menyemarakkan lagi tekad menuju kegemilangan.

“Inilah kekuatan dan nilai-nilai sebenar sukan yang akan kita terapkan pada Temasya Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 nanti,” katanya.

Sementara itu, logo temasya adalah berdasarkan kepada simbol Wau Bulan iaitu layang-layang yang terkenal dimainkan oleh pendudukdi PantaiTimur. Ia dipilih daripada 174 penyertaan bagi pertandingan mencipta logo yang dianjurkan di seluruh negara tahun ini.

Bersandarkan kepada keindahan, kesantunan dan kekuatannya membelahawan, Wau melambangkan keunikan sukan menuju tinggi kearah kecemerlangan. Kombinasi warna yang digabung kanpada logo berkenaan pula mewakili warna-warni panji-panji semua negara-negara Asia Tenggara, sekaligus melahirkan identiti Kuala Lumpur 2017.

Bagi melengkapi semangat temasya, maskot yang dipilih juga perlu mempersona dan mampu meninggalkan kenangan bermakna. Bagi temasya Kuala Lumpur 2017, nama “Rimau” dipilih yang bersandarkan kepada Harimau Malaya yang kuat namun santun. Ia amat mesra, bersemangat waja serta bertenaga dan yang paling utama, tinggi dengan semangat kesukanan.

Akhir sekali, tenaga sukarelawan menjadi nadi utama dalam mana-mana temasya sukan. Sasaran awali alah mendapatkan sejumlah 20,000 sukarelawan untuk menjayakan temasya itu kelak dengan pendaftaran menggunakan aplikasi di media sosial, platform yang melewati semua peringkat masyarakat tanpa mengira usia dan geografik. Mereka yang berminat untuk mendaftar boleh melayari laman sesawang rasmi temasya di www.seagames2017.com.my.

Pelancaran logo, maskot, tema serta pendaftaran sukarelawan di Suria KLCC adalah salah satu daripada beberapa acara utama yang diatur menjelang Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017. Ia juga mengiktiraf KLCC sebagai rakan strategik temasya memandangkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur juga akan menjadi gelanggang beberapa acara sukan pada 2017 kelak.

Majlis pelancaran ini juga membuktikan kesungguhan Malaysia bukan sahaja untuk memburu gelaran juara keseluruhan Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 tetapi juga menjadi tuan rumah terhebat dalam sejarah temasya terunggul Asia Tenggara ini.

Page1

Launching of the Logo, Mascot, Theme and Volunteer Programme of the Kuala Lumpur 29th SEA Games 2017 

“Southeast Asian region to Rise Together with SEA Games 2017”

 

Campaign for the Kuala Lumpur 29th SEA Games 2017 has kicked off with a bang after the Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin launched the logo, mascot, theme and volunteer programme in Esplanade, Suria KLCC today.

The theme of the Games is “Rising Together”, signifying the coming of age for Southeast Asia as a community.

Khairy said: “The region has come a long way in making its mark on the global stage and this is a time for us to come together to write the next chapter in our collective journey of peace, progress, and prosperity.”

“With Kuala Lumpur 2017 being the first SEA Games after the formation of the ASEAN Community, sports will play a big role in bringing all the citizens of Southeast Asia together in celebrating our achievements and commitment towards sportsmanship, as well as uplifting and inspiring the entire region.”

“That is the greatest value of sports, and how we can invoke them through the Kuala Lumpur 29th SEA Games 2017,” he added.

Meanwhile, the logo is based on the famous Malaysian symbol which is the Wau Bulan, a type of moon-kite synonymous with the east coast states of the country. It was selected after a nationwide logo competition which saw 174 entries submitted for consideration.

Graceful, beautiful, powerful and rising high above, the Wau establishes itself as something that could uniquely represent the transcendent power of sports. The system of a combination of stripes and shards of colour is collated from the flags of all the Southeast Asian countries to create the Kuala Lumpur 2017 identity.

To personify and embody the spirit of the Games, there needs to be a mascot which is memorable and eye-catching. For Kuala Lumpur 2017, ‘Rimau’ is a graceful and powerful Malayan Tiger. He is gracious, friendly, competitive and athletic. Most importantly, he is a true athlete.

Lastly, the volunteer corps is the backbone of every successful multi-sport event. With the target of enlisting 20,000 volunteers in time for the Games, the volunteer recruitment programme will be primarily driven on digital media to make it accessible to everyone, regardless of age and geographical location. Volunteers will be able to sign up through the Games website at www.seagames2017.com.my.

The launch of the theme, logo, mascot and volunteer programme in Suria KLCC marks the first of many milestones for Kuala Lumpur 2017. It also signifies KLCC as a strategic partner of the Games, with several sporting disciplines slated to be held in the KL Convention Centre come 2017.

The event is also a sign of the seriousness and attention given by Malaysia in not just becoming the overall champion for the Kuala Lumpur 29th SEA Games 2017, but also the SEA Games’ best ever host.

- Advertisement -