Persatuan Hoki Selangor (PHS) dengan penuh semangat mengumumkan barisan kepimpinan baru bagi sesi 2024~2027, yang bersedia membawa transformasi dan lonjakan prestasi ke arah menjadikan Selangor sebagai peneraju utama sukan hoki negara.

Pemilihan ini berlangsung sempena Mesyuarat Agung Tahunan PHS pada 8 Mac 2025.

Barisan kepimpinan baru Persatuan Hoki Selangor adalah seperti berikut:

PRESIDEN: En Gurdip Singh Mann

TIMBALAN PRESIDEN: En Brian Gerard Fernandez

NAIB PRESIDEN: En Nishel Kumar – En Stephen Asecalin V. Fernandez (JMN, PPN, PJK) – En Kuganeson Poologasingam (PJK) – En Nor Azuari Che Sidik – Dr. Nur Shakila Mazalan

SETIAUSAHA: En Izzwan Bin Mohamed Saleh

AHLI MAJLIS: En Sri Sakrunathan Subramaniam – En Rohayudin Abdul Rashid – En Sathesan Virlidum – En Kaalitash Subramaniam – En Mohammad Rieazaal Ramli – En Muraleedharan Vasuthevan

PHS yakin bahawa barisan kepimpinan baru ini akan memperkenalkan pendekatan inovatif dan strategik demi memartabatkan sukan hoki Selangor ke tahap yang lebih tinggi.

Melalui inisiatif inisiatif progresif, pembangunan akar umbi yang komprehensif, serta penglibatan aktif komuniti, PHS komited dalam memastikan pembangunan bakat muda yang mampan, penganjuran kejohanan berkualiti tinggi, dan pembinaan program pembangunan hoki bertaraf antarabangsa.

Dalam kesempatan ini juga, PHS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Presiden, Encik Ganesh, dan barisan ahli majlis terdahulu atas jasa, dedikasi, dan usaha gigih mereka dalam meletakkan asas kukuh bagi pembangunan hoki Selangor.

Kami menyeru seluruh peminat, pemain, jurulatih, dan semua pihak berkepentingan untuk bersama-sama menyokong usaha barisan kepimpinan baru ini.

Marilah kita bersama-sama membawa hoki Selangor ke mercu kejayaan baru, demi kecemerlangan di pentas kebangsaan dan antarabangsa.

- Advertisement -