Kemenangan penting yang dilakar di Bukit Jalil mambuktikan Tan Cheng Hoe masih belum mengangkat bendera putih dalam misi memburu slot ke Piala Asia 2023.

Tatkala ramai yang menjangkakan Sang Gajah bakal bermaharajalela sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah, Tan Cheng Hoe menyampaikan mesej awal, Harimau Malaya masih belum mahu undur diri.

Jaringan Mohamadou Sumareh dibabak kedua perlawanan menjadi titik penting kebangkitan Malaysia dalam saingan Kumpulan Guntuk terus bersaing dengan tiga pasukan teratas ketika ini.

 

 

Malah, Tan Cheng Hoe menganggap, perlawanan dan kemenangan ke atas Thailand sebagai yang terbaik.

‘Semua pemain pemain mempamerkan permainan yang hebat dan ini adalah aksi yang terbaik dapat disaksikan pada tahun ini. Tidak mudah untuk meraih kemenangan ini kerana Thailand turun dengan barisan terkuat.

‘Tetapi pemain pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi dan sikap ‘never die’,’kata Tan Cheng Hoe.

 

Selepas empat perlawanan, Malaysia masih kekal ditangga keempat, berkongsi enam mata dengan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang tewas untuk kali kedua selepas ditundukkan pendahulu kumpulan, Vietnam 1-0.

‘Kita amat memerlukan tiga mata penting untuk terus bersaing bagi perlawanan seterusnya. Kita baru sahaja mengharungi separuh perjalanan dan masih ada empat perlawanan lagi.

‘Kemenangan ini memberikan kita motivasi untuk kita mendapatkan keputusan yang positif pada perlawanan akan datang.’kata Cheng Hoe lagi

Malaysia akan melayan kunjungan pasukan tercorot, Indonesia bagi aksi kelima pada 19 November. Harimau Malaya perlu menang untuk memintas UAE yang tidak akan beraksi dan Thailand jika mereka tewas kepada Vietnam.

- Advertisement -