Penyerang Pulau Pinang, S.Kumaahran tampak kesuntukan masa untuk cergas sepenuhnya bagi beraksi di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 tatkala Datoâ Ong Kim Swee sudah bersedia menamakan senarai akhir 20 pemain pada Sabtu. Â Â Â Â Â Â Â Â
Tahap kecergasan pemain itu masih dalam penilaian setelah mengalami kecederaan harmstring yang tampak serius justeru menyaksikan peluang untuknya berada di dalam skuad kali ini agak samar.
Apatah lagi, Kim Swee mempunyai lebih dari tiga pilihan pemain untuk mengemudi jentera serangan termasuklah penyerang Felcra FC yang semakin mencipta nama, N.Thanabalan; penyerang Kedah Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid serta seorang lagi pemain Pulau Pinang, Jafri Firdaus Chew.
Barisan pemain yang sama inilah dipertaruhkan Kim Swee ketika beraksi di pusingan kelayakan Kejuaraan AFC B-23 di Bangkok bulan lalu yang menyaksikan Malaysia menjuarai Kumpulan H dan layak secara merit ke pusingan akhir di China, Januari depan.
Dalam pada itu, masalah utama membelenggu Kim Swee selepas kesemua 27 pemain melapor diri ke kem fasa akhir latihan pusat skuad B-22 negara pada Ahad lalu adalah keletihan pemain-pemain yang telah mengharungi jadual padat Liga Malaysia sepanjang bulan Julai.
âBukan mudah kerana ada di antara mereka bermain 11 perlawanan dalam tempoh 36 hari. Jadi latihan kita adalah lebih kepada pemulihan dan juga membina kecergasan. Dalam tempoh lima atau enam hari ini saya telah memantau semua aspek dari segi kesediaan mereka, keseimbangan posisi, kecederaan, kecergasan dan sebagainya.
âSaya akan umumkan senarai akhir pada esok dengan mengambil kira semua faktor ini dan saya percaya saya boleh senaraikan 20 pemain terbaik,â ujar Kim Swee yang membimbing Malaysia memenangi emas di Indonesia pada 2011.
Malaysia akan membuka tirai KL2017 dengan menentang Brunei pada Isnin ini dan pengendali berusia 45 tahun itu berkata adalah penting untuk tidak memandang rendah keupayaan mereka.
âSaya percaya dari satu perlawanan ke satu perlawanan bermula dengan menentang Brunei, pemain-pemain akan bertambah baik. Tetapi penting untuk kita dapatkan tiga mata pada perlawanan pertama kerana ia akan memberi motivasi untuk perlawanan berikutnya. Selepas melepasi peringkat kumpulan barulah kita akan fikirkan mengenai sasaran seterusnya,â kata Kim Swee.
Selain Brunei, pasukan negara akan turut bersaing dengan Myanmar, Singapura dan Laos dalam Kumpulan A. – OLEH MUHAMMAD AIMAN