Seramai 12 pelumba persendirian kelahiran Pulau Pinang gembira dengan insentif khas yang diterima sewaktu beraksi di pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang, minggu lepas.
Sumbangan berjumlah RM5000 diberikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, YB Dato’ Haji Mohd Rashid Bin Hasnon sebagai sumbangan khas dan dibahagi sama rata kepada 12 pelumba persendirian kelahiran negeri tersebut yang beraksi dalam perlumbaan kelas terbuka.
Pelumba persendirian membawa maksud kepada mereka yang mengambil bahagian di dalam siri perlumbaan kebangsaan ini tanpa bantuan pasukan professional ataupun penaja.
“Kami gembira kerana merupakan pelumba awal yang menerima sumbangan seperti ini,” jelas penerima asumbangan yang juga merupakan pemenang tempat kedua kategori PETRONAS Sprinta Pro-Am, Muiz Al-Atrash Ghani.
“Sumbangan ini merupakan yang pertama dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri kepada pelumba persendirian seperti kami dan ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kos perlumbaan seperti yuran pendaftaran, pengangkutan dan kos logistik lain.
“Kami berharap selepas ini lebih banyak negeri yang menjadi hos kepada kejuaraan ini melakukan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Siapa tahu mungkin satu hari nanti bintang sukan permotoran Malaysia akan lahir dari kalangan mereka yang memulakan karier secara persendirian.”
Saingan Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan pada 16 dan 17 April lepas berjaya menarik minat 153 penyertaan dalam enam kategori pertandingan. Pusingan 3 akan berlangsung di Kangar, Perlis pada 30 April dan 1 Mei 2016.
PRIVATEER RIDERS PLEASED WITH STATE AID
Twelve Pulau Pinang-born privateer riders who participated in the Batu Kawan leg of the 2016 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship last weekend were thrilled recipients of a special fund created exclusively to support the state’s riders in the Penang leg of the 10-round race series.
The contribution totaling up to RM5,000 was made by the Pulau Pinang Deputy Chief Minister 1, YB Dato’ Haji Mohd Rashid bin Hasnon, and was equally distributed among all Pulau Pinang-born privateer riders in all the open-make classes. In motorsports terms, privateer refers to riders who take part in the national championship without the support of professional teams and sponsors.
“We were happy to have been the first recipients of this fund,” said privateer rider Muiz Al-Atrash who races in the PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup category. “This is the first time any state government has ever leant a thought to the privateer riders and this amount certainly helps us offset some of the costs of racing such as registration fee, transportation and other logistical costs.”
“We hope that other hosting states will also follow the initiative that has been set up by the Pulau Pinang State Government. Who knows, the next Malaysian motorsports phenomenon may well come from the privateer rank and file.”
Round 2 of the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship was held at the Batu Kawan Stadium on April 16 and 17, 2016. Always one of the most popular rounds in the Cub Prix circuit, the second leg attracted a hefty 153 entries. Round 3 is scheduled at Kangar, Perlis on April 30 and May 1, 2016.