Pelumba tuan rumah mempamerkan aksi cemerlang di halaman sendiri apabila berjaya menguasai dua kategori utama Perlumbaan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini.

Pelumba kelahiran Dungun, Ahmad Afif Amran berjaya muncul juara kategori CP150 dan turut menamatkan penantian untuk meraih gelaran juara di halaman sendiri sepanjang penglibatan di Kejuaraan Cub Prix bermula tahun 2009.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu mempamer aksi bertenaga apabila mendahului keseluruhan 20 pusingan perlumbaan sebelum melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 13’40.445s meskipun diberi tentangan sengit pada penghujung perlumbaan oleh Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju).

Akid menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan masa 13’40.542s diikuti rakan sepasukan, Kasma Daniel Kasmayuddin ketiga dengan masa 13’44.347s.

“Perlumbaan ini sangat sukar walaupun saya mendahului keseluruhan perlumbaan. Kasma memberi tentangan sengit dan sentiasa cuba memintas pada awal perlumbaan. Selepas berjaya menjarakkan diri setelah dia melakukan kesilapan, Akid pula mengejar sehingga berjaya merapatkan kedudukan pada penghujung perlumbaan. Saya terpaksa bekerja keras dan mengerah pengalaman yang ada untuk mempertahankan kedudukan,” jelas Afif.

25 mata yang dipungut pada hari ini meletakkan Afif terus selesa mendahului kedudukan keseluruhan dengan 160 mata, 49 mata mengatasi Kasma di kedudukan kedua dengan 111 mata manakala rakan sepasukan Afif, Md Hafiz Nor Azman di tangga ketiga dengan 103 mata.

Dalam kategori CP115, seorang lagi pelumba kelahiran Terengganu, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) turut beraksi cemerlang sekaligus terus melebarkan jurang pendahulu apabila berjaya meraih kemenangan keenam peribadi pada musim ini setelah menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 10’47.978s.

Bermula dari petak pertama, Tengku Amirul bagaimanapun sedikit ketinggalan pada permulaan perlumbaan sebelum kembali memintas pada penghujung perlumbaan dan seterusnya mmenangi perlumbaan mengatasi Nazirul Izzat Md Bahauddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) di kedudukan kedua dengan masa 10:48.925s. Tempat ketiga milik Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing dengan masa 10:49.024s.

Seepas tujuh pusingan, Tengku AMirul kini selesa mendahului kedudukan keseluruhan dengan 163 mata, 67 mata mengatasi rakan sepasukan Md Fareez Afeez di kedudukan kedua dengan 96 mata manakala Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) ketiga, 92 mata. Hanya lapan mata diperlukan oleh Tengku Amirul bagi dinobatkan selaku juara keseluruhan musim 2018.

Sementara itu, ketiadaan pendahulu keseluruhan, Md Danial Syahmi membuka laluan mudah buat Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam kategori WIRA KBS apabila selesa mengungguli 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 8’46.717s.

Md Alif Ashraf Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha) muncul naib juara dengan masa 8’52.974s diikuti Md Harith Haziq Zamri (SIC Junior Team AFB Tech Racing) di kedudukan ketiga dengan 8’53.275s.

Namun begitu, Danial masih kekal sebagai pendahulu keseluruhan dengan 113 mata namun diekori rapat oleh Alif Ashraf dengan 112 mata diikuti Syarifuddin di tangga ketiga dengan 108 mata.

 

KEPUTUSAN PUSINGAN 7, KUALA TERENGGANU

CP150

1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 13:40.445s

2 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:40.542s

3 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:44.347s

4 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 13:44.967s

5 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:45.280s

Kedudukan Keseluruhan

1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 160 mata

2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 111 mata

3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 103 mata

4 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 73 mata

5 Md Hafiza Rofa (TRG) ONEXOX TKKR Racing Team 51 mata

 

CP115

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 10:47.978s

2 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 10:48.925s

3 Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing 10:49.024s

4 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 10:49.560s

5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 10:51.401s

Kedudukan Keseluruhan

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 163 mata

2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 96 mata

3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 92 mata

4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 91 mata

5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 81 mata

 

WIRA KBS

1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 8:46.717s

2 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 8:52.974s

3 Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 8:53.275s

4 Daniel El Fahim (PNG) SIC Junior Team AFB TECH Racings

5 Md Sharul Ezwan M Sharil (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 8:54.439s

 

Kedudukan Keseluruhan

1 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 113 mata

2 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 112 mata

3 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 108 mata

4 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 70 mata

5 Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 58 mata

 

- Advertisement -