Penyambungan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2020 bukan sahaja penting untuk mengembalikan semula industri sukan nombor satu negara, tetapi juga memberi impak yang penting terhadap skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe.
Pemain yang sinonim dan berada dalam senarai Tan Cheng Hoe nyata memerlukan perlawanan yang kompetitif untuk terus kekal cergas.
“Dapat juga pemain pemain terutama yang bermain untuk pasukan kebangsaan meningkat tahap prestasi individu sebelum beraksi dengan skuad kebangsaan,”kata Dollah.
Harimau Malaya sedang berjuang untuk memburu slot ke saingan Piala Asia 2023 dan kini menghuni tangga kedua kumpulan G, ketinggalan dua mata dibelakang pendahulu Vietnam.
Malaysia tewas dua perlawanan; kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam manakala tiga kemenangan diperoleh hasil kejayaan menewaskan Indonesia dua kali dan satu kemenangan ke atas Thailand.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada aktiviti bolasepak dapat dilangsungkan sekaligus memberi sedikit keresahan buat Tan Cheng Hoe untuk merancang program buat skuad kebangsaan.
Dalam pada itu, bekas pengendali Kedah, Azraai Khor Abdullah melihat penyambungan semula Liga M pada September jika ia diluluskan adalah sesuatu yang baik.
Baginya, beliau mengharapkan stadium kembali dipenuhi dengan penonton kerana sedia maklum kutipan tiket perlawanan antara punca peruntukkan sesetengah pasukan yang ‘tenat’.
Sedikit berbeza dengan pengendali Negeri Sembilan, Sazali Saidon yang melihat pasukan Jang akan berdepan kesukaran dalam mencapai matlamat untuk ke Liga Super.
Andai Liga M diluluskan untuk disambung pada September, Jang perlu memastikan kesemua perlawanan berakhir dengan kemenangan.
“Sekiranya Liga M disambung bermula September ini dengan bermain hanya 1 pusingan ianya memberi sedikit disadvantage kepada kami.
“Dikedudukan ke 10 dengan hanya satu kemenangan dan tiga kekalahan dan dengan baki hanya 7 perlawanan menjadikan ia satu cabaran getir bagi N Sembilan untuk menduduki dua pasukan terbaik sekaligus layak ke liga super musim depan,”kata Sazali.