Empat wakil negara melepasi pusingn awal selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing masing di pusingan kelayakan Perodua Malaysia Masters 2020.
Bergu campuran, Low Hang Yee- Lim Chiew Sien paling awal mara selepas mengatasi gandingan Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran straight set 21-17, 21-16.
Turut mara, dua pemain perseorangan negara, Soong Joo Ven dan Liew Daren yang turut melakar kemenangan ke atas lawan masing masing di Arena Axiata, Bukit Jalil.
Joo Ven dipaksa bekerja keras sebelum menang ke atas pemain Hong Kong, Vincent Wong Wing Ki 21-8, 17-21, 21-15.
Manakala pemain profesional negara, Liew Daren melakar kemenangan straight set 21-15, 21-15 ke atas D. Subhankar dari India.