Tidak ada apa lagi yang perlu diperkatakan untuk skuad bawah 15 tahun negara tatkala masing masing menanti detik paling penting esok dalam misi memburu gelaran juara.

Pelbagai kritikan diberikan kepada pemain pemain dari awal kejohanan sehinggalah ke saat ini, samada positif atau komen berunsur negatif. Segalanya dibalas dengan slot final Kejuaraan AFF B15 di Chonburi, Thailand.

Tatkala ramai yang menghamburkan kata kata semangat kepada barisan kejurulatihan yang berhempas pulas, memerah keringat tanpa mengira masa untuk mempersiapkan pemain pemain dalam tempoh yang singkat, P Maniam melihat dari perspektif yang lain.

 

“Kami bolos satu gol diawal permainan tetapi pemain pemain bangkit dengan baik untuk menjaringkan gol penyamaan. Separuh masa kedua kami mengawal permainan, mencipta peluang dan menjaringkan gol.

“Pemain pemain memberikan 200 peratus untuk mencapai matlamat kami mara ke final. Kredit perlu diberikan kepada pemain pemain dan saya berterima kasih kepada ibu bapa pemain pemain yang sanggup datang ke sini dan memberikan sokongan, Kata P Maniam.

Tambahnya lagi, pemain pemain turut mendapat suntikan semangat apabila Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin datang dan memberikan kata kata semangat kepada pemain pemain sebelum aksi separuh akhir bermula.

Malaysia akan berdepan tuan rumah, Thailand buat kali kedua, namun senario kali ini berbeza kerana salah satu akan melangkah ke depan selaku juara.

Malaysia terikat satu sama dengan Thailand ketika kedua dua pasukan beraksi dalam saingan terakhir kumpulan B, 5 Ogos lalu.

 

- Advertisement -