australian.open

Oleh Ku Mohd Lufti

Tiada masalah buat wakil utama negara untuk melepasi pusingan pertama di Kejohanan Badminton Terbuka Australia hari ini.

Dua perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain dan Zulfadli Zulkifli melakar kemenangan ke atas lawan masing masing.

Iskandar hanya memerlukan 30 minit untuk menundukkan pemain dari pusingan kelayakan Brice Leverdez 21-12, 21-14.

Di pusingan kedua, Iskandar akan berdepan pemain dari Jepun , Sho Sasaki yang menang ke atas Hsu Jen Hao 21-14, 21-12.

Manakala Zulfadli tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan pemain tuan rumah, Anthony Joe 21-13, 21-6 dalam masa 33 minit.

Namun Zulfadli berdepan tuga getir, kerana bakal bertemu pilihan pertama, Chen Long di pusingan kedua esok.

Perseorangan wanita menyaksikan penampilan pertama Goh Jin Wei di Kejohanan Super Siri bermula dengan langkah kanan apabila menang ke atas wakil Kanada Michelle Li 21-18, 21-10.

Tee Jing Yi turut mengikuti jejak Jin Wei selepas menang ke atas Wendy Chen Hsuan Yu 21-18, 21-11

Beregu lelaki pula turut menyaksikan kemaraan Koo Kien Keat, Tan Boon Heong ke pusingan kedua selepas menang 21-16, 16-21, 21-13 ke atas beregu Belgium, Matijs Dierickx, Free Golinski.

Manakala Goh V Shem, Tan Wee Kiong hanya memerlukan 16 minit untuk mengatasi gandingan India, Nikhar Garg, M Anilkumar Raju 21-12, 21-10.

Beregu tunggal wanita, Vivian Hoo Kah Mun, Woon Khe Wei turut mara ke pusingan kedua selepas menundukkan wakil tuan rumah, Rainbow Ngai, Jennifer Tam, 21-9, 21-7.

Dua beregu campuran negara, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying dan Tan Kian Meng, Lai Pei Jing turut mengesahkan slot ke pusingan kedua selepas menundukkan wakil tuan rumah.

- Advertisement -