Pusingan pertama Grand Final bagi kategori utama, bawah 16 tahun menyaksikan pemain pemain yang menyerlah ketika di sirkit pertama dan kedua tidak berdepan laluan sukar untuk melangkah ke pusingan kedua.
Berbeza dengan dua sirkit yang telah berlangsung pada Mac dan Mei lalu, kejohanan badminton 100PLUS Sirkit Remaja Grand Final 2018 turut membariskan pemain pemain yang bernaung dibawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Acara perseorangan perempuan menyaksikan pemain utama Kuala Lumpur, Odelia Wong Qia Shi menepati ramalan mara ke pusingan kedua.
Berdepan pemain BAM Erika Vallensia, Odelia hanya berdepan tentagan di set pertama sebelum mengesahkan kemenangan straight set 22-20, 21-12 dalam masa 30 minit.
“Saya tertekan di set pertama kerana tidak tahu cara permainan lawan dan bola banyak keluar. Tetapi dipenghujung permainan, saya sudah tahu corak pemainan Erika walaupun dia mempunyai kelebihan smash,”kata Odelia yang juga pemenang perseorangan wanita di sirkit kedua di Melaka.
Turut mengesahkan kemaraan juara sirkit pertama Zon C, Yeoh Zi Xuan selepas mudah menewaskan wakil BAM Tan Jet Sin 21-10, 21-18 dalam masa 19 minit.
Juara perseorangan perempuan sirkit satu Zon A, Arena Satu Samin dari Sabah turut melakar kemenangan straight set 21-14, 21-12 ke atas wakil BAM Chew Jia Wern
Sementara itu, aksi perseorangan lelaki juga memperlihatkan penguasaan pemain pemain piihan.
Juara sirkit kedua Zon B, Samuel Lee dari Pulau Pinang berdepan halangan sukar sebelum menjinakkan wakil dari BAM Daryl Foo Kit Hann dalam pertarungan tiga set 21-13, 20-22, 21-6
Manakala juara sirkit pertama Zon C, Muhd Affan Attabek dari Johor gagal mengatasi cabaran pemain BAM, Ng Yaw Pin apabila tewas straight set 21-14, 21-12.
Lain pula cerita yang dialami juara dua sirkit Zon B dari Selangor, Jimmy Wong apabila terus mempamer aksi mantap, menewaskan Muhd Haikal Nazri dari Kelantan 21-17, 21-15 untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua.
Begitu juga dengan Anthony Samin Demond dari Sabah yang yang turut mengesahkan slot ke pusingan kedua selepas menundukkan Chia Jeng Hon daripada BAM straight set 21-14, 21-18.