badminton.86

Oleh Ku Mohd Lufti

Lapan wakil negara mengesahkan slot ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Antarabangsa Remaja Bawah 19 Tahun di Terengganu.

Aski perseorangan negara menyaksikan pilihan kedua, Lee Zhi Jia mara selepas menang ke atas rakan senegara, Chia Wei Jie 11-7,11-6,11-4.

Zhi Jia akan bertemu pilihan kedua dari Singapura, Ryan Zin Rei yang menundukkan pemain negara, Tan Jia Wei dalam pertarungan lima set, 12-10, 11-5, 9-11,6-11, 11-7.

Seorang lagi pemain perseorangan, Sim Fong Hau turut mengikuti jejak Lee Zhi Jia selepas menundukkan seorang lagi pemain negara yang diletak selaku pilihan kelima, Leong Jun Hao 11-3,7-11,5-11,12-10, 11-9.

Laluan sukar menanti Fong Hau apabila bakal berdepan pilihan pertama dari Taiwan, Lee Chia Hao.

Acara perseorangan wanita, hanya seorang sahaja wakil negara mara ke separuh akhir menerusi M Thinaah yang menang ke atas pilihan kelapan , Kim Bit Na dari Korea Selatan.

Seorang lagi pemain Korea Selatan Baek Ha Na akan menanti M THinaah di pentas separuh akhir nanti.

Bergu lelaki pula menyaksikan tiga wakil negara meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir.

Dau wakil negara, Leong Jun Hao-Sim Fong Hau dan Chen Tang Jie-Man Wei Chong akan berentap untuk menentukan siapakah yang layak ke pentas akhir.

Manakala Ooi Zhi Heng dan Soh Wooi Yik yang diletak selaku pilihan ke 3 dijadual bertemu pilihan pertama dari Thailand, Pakin Kuna Anuvit dan Trinkajee Nathapatt.

- Advertisement -