Enam aksi persahabatan telah diatur buat Skuad Wanita Kebangsaan sepanjang berada di Perth, Australia bermula 6 hingga 18 Ogos 2023 dan seramai 19 pemain telah dipilih untuk menyertai Siri Jelajah Persahabatan menentang negeri dan pasukan kelab Australia.

Siri Jelajah Persahabatan Perth, Australia, ini juga akan digunakan sebagai salah satu medan persediaan buat Skuad Wanita Kebangsaan menjelang Temasya Sukan Asia 2022, Hangzhou yang akan bermula pada 23 September hingga 8 Oktober 2023.

Selain itu, Siri Jelajah Persahabatan Australia ini juga membuka peluang buat enam pemain Remaja Wanita Kebangsaan yang beraksi di Piala Remaja Asia pada bulan Mei lalu bagi menambat hati Ketua Jurulatih Wanita Kebangsaan agar diserapkan di dalam pasukan kebangsaan.

Pengendali Skuad Wanita Kebangsaan, Nasihin Nubli Ibrahim menjelaskan beberapa siri persiapan menjelang Temasya Sukan Asia telah dijalankan oleh pasukannya. Ini termasuk penyertaan Kejohanan Jemputan di China, Temasya Sukan SEA Kemboja 2023 dan perlawanan persahabatan menentang Pasukan Australia Country.

“Siri Jelajah Perlawanan Persahabatan Perth Australia merupakan medan terbaik buat Pasukan Wanita Kebangsaan yang kini dalam fasa persiapan terakhir menjelang Sukan Asia yang akan berlangsung pada bulan depan.

“Perlawanan persahabatan ini juga akan kami gunakan bagi meningkatkan lagi keserasian dikalangan pemain serta ruang untuk pemain lebih memahami taktikal yang diterapkan oleh pasukan.

“Salah satu Pasukan yang akan kami lawan adalah Perth Thundersticks, di mana mereka merupakan pasukan Negeri dan telah menyertai liga tertinggi di Australia. Selain itu pasukan ini turut mempunyai barisan pemain yang berada di dalam skuad latihan kebangsaan Australia serta memiliki bekas pemain kebangsaan senior dan remaja Australia.

“Siri persahabatan ini, saya turut membawa enam pemain remaja yang beraksi di Piala Remaja Asia pada bulan Mei lalu bagi membuka ruang untuk mereka membuktikan bahawa pemain muda mampu untuk meneruskan kesinambungan pola pemain Pasukan Wanita Kebangsaan. Pemain berusia 20 tahun, Anith Humaira akan membuat penampilan pertama bersama Pasukan Kebangsaan,” jelas beliau.

Skuad Wanita Kebangsaan akan berlepas ke Perth Australia pada Ahad (6 Ogos 2023) dan akan memulakan aksi perlawanan persahabatan pertama mereka pada Isnin (7 Ogos 2023).

 

Berikut merupakan senarai 19 pemain Skuad Wanita Kebangsaan yang mengikuti Siri Jelajah Perlawanan Persahabatan Perth, Australia.

NO NAMA POSISI
1 Mashitah Ab Khalid Penjaga Gol
2 Siti Zalia Nasir Penjaga Gol
3 Nur Hazlinda Zainal Abidin Penjaga Gol
4 Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin Pertahanan
5 Dayang Nuramirah Abang Mahadani Pertahanan
6 Anith Humaira Baharudin Pertahanan
7 Nur Nabila Alia Yussaini Pertahanan
8 Nurul Fatin Fatiah Azman Pertahanan
9 Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad Tengah
10 Nur Insyirah Effarizal Tengah
11 Wan Norfaiezah Saiuti Tengah
12 Juliani Mohamad Din (Kapten) Tengah
13 Fatin Shafika Mahd Sukri Tengah / Penyerang
14 Nuramirah Shakirah Zulkifli Penyerang
15 Siti Nur Arfah Mohd Nor Penyerang
16 Nur Afiqah Syahzani Azhar Penyerang
17 Hanis Nadiah Onn Penyerang
18 Nur Atira Mohamad Ismail Penyerang
19 Siti Zulaikha Husain Penyerang

 

Berikut merupakan barisan Pengurusan dan Kejurulatihan yang akan bersama ke Siri Jelajah Perlawanan Persahabatan Perth, Australia.

NO NAMA POSISI
1 Mohd Nasihin Nubli Ibrahim Ketua Jurulatih
2 Lailin Abu Hassan Penolong Jurulatih
3 Siti Rahmah  Othman Penolong Jurulatih
4 Ikmal Abdul Jabar Penolong Jurulatih
5 Farah Ayuni Yahya Jurulatih Penjaga Gol

 

Berikut merupakan jadual perlawanan Skuad Wanita Kebangsaan di Siri Jelajah Perlawanan Persahabatan Perth, Australia.

NO HARI / TARIKH MASA PERLAWANAN
1. ISNIN : 07 OGOS 2023 6:00 PETANG MALAYSIA lwn PERTH THUNDERSTICKS
2. RABU : 09 OGOS 2023 6:00 PETANG MALAYSIA lwn PERTH THUNDERSTICKS
3. JUMAAT : 11 OGOS 2023 6:30 PETANG MALAYSIA lwn PERTH THUNDERSTICKS
4. AHAD : 13 OGOS 2023 7:30 PETANG MALAYSIA lwn PERTH THUNDERSTICKS
5. ISNIN : 14 OGOS 2023 6:00 PETANG MALAYSIA lwn WARRICK
6. RABU : 16 OGOS 2023 6:00 PETANG MALAYSIA lwn FREO

 

**Masa Perlawanan Adalah Waktu Malaysia

- Advertisement -