Tuan rumah Sukan SEA ke 30, Filipina dijangka menyediakan kemudahan kemudahan bertaraf dunia khususnya di bandar New Clark yang dipilih sebagai salah satu hos bagi temasya dwi tahunan itu.
Lembaga Pembangunan dan Pengubahsuaian (BCDA) yang merupakan salah satu jabatan kerajaan negara itu akan membina dua venue bagi acara olahraga dan renang.
Justeru, sukan olahraga dan renang tidak akan diadakan di Kompleks Sukan Memorial Rizal yang terletak di bandar Manila.
Laporan media tempatan juga memetik, selain dua stadium beberapa buah sekolah serta pejabat satelit pusat pentadbiran kerajaan akan turut dibina berdekatan venue tersebut.
Menurut Presiden pemaju yang diberi peranan, Alloy MTD, Patrick Nicholas David dan Naib Presiden BCDA, Arrey Perez, Stadium Memorial Rizal yang tidak berbumbung hanya mampu menempatkan 12 000 tempat duduk pada satu masa.
Manakala Pusat Olahraga bandar New Clark yang berbentuk segitiga seakan akan gunung Pinatubo mampu menampung kapasiti maksimum seramai 20 000 penonton.
Trek olahraga bakal dilengkapi dengan sembilan lorong Kelas 1 dan akan mendapat pengiktirafan daripada badan induk olahraga dunia, Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF).
Tambah David lagi, pembinaan Pusat Akuatik hampir sama dengan Pusat Akuatik London yang menjadi venue ketika sukan Olimpik 2010 dan akan menyediakan pusat latihan tertutup bagi acara terjun.
Reka bentuk dalaman akan menggunakan kepakaran tempatan untuk menambahkan lagi kehangatan dan semangat buat atlet atlet tempatan khususnya ketika menjalani latihan.
Selain venue bagi acara olahraga dan akuatik, pemaju juga akan membina perkampungan atlet yang menyediakan 500 bilik dan mampu menempatkan sehingga 1000 atlet yang mengambil bahagian di bandar New Clark.
Alloy MTD juga mmberi jaminan bahawa venue venue ini akan siap pada 15 Oktober 2019 sebelum temaysa dwi tahunan bermula.
Kira kira 1000 tenaga buruh digunakan untuk memulakan pembinaan Fasa 1 A dan akan bertambah sehingg 7000 pekerja untuk menyiapkan kerja kerja pembinaan.