Oleh Ku Mohd Lufti
Upacara perasmian pembukaan Temasya SUkan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro berlangsung dengan suasana meriah awal pagi tadi waktu Malaysia.
Suasana meriah dengan kehadiran penduduk tempatan serat peminat sukan dari seluruh dunia yang membanjiri Stadium Maracana, bahkan melihat menerusi televisyen sekaligus melenyapkan seketika masalah serta isu yang melanda tuan rumah.
Kemeriahan upacara pembukaan di tambah dengan pertunjukkan tarian samba yang menjadi simbolik Brazil serta pertunjukkan bunga api di Stadium Maracana membuktikan Brazil bersedia sepenuhnya untuk menjadi penganjur.
Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro merupakan penganjuran julung kali diadakan di benua Amerika Selatan.
Kehadiran lebih 70 000 ditambah dengan perarakan 206 wakil pegawai dan atlet yang menjadi acara simbolik perasmian serta persembahan artis tempatan dan tarian koreografi oleh 5000 sukarelawan membawa mesej selamatkan hutan di negara Brazil.
Antara wakil wakil ketua negara yang hadir di majlis upacara pembukaan seperti Ketua Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Ban Kim Moon, Presiden Perancis, Francois Hollande dan pemangku Presiden Brazil, Michel Temer
Kontinjen Malaysia melangkah masuk ke dalam stadium pada undian ke 119, diketuai jaguh badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang menggalas tugas selaku pembawa jalur gemilang.
Kontinjen Malaysia terdiri daripada 18 atlet berserta 25 pegawai temasuk Chef de Mission, Tan Sri Mohamed Al Amin mengenakam pakaian tradisional baju melayu lengkap bagi atlet dan pegawai lelaki manakala baju kurung bagi atlet wanita berwarna jingga dengan motif belang harimau.
Beberapa atlet dari sukan berbasikal, Olahraga, dan menembak tidak menyertai perarakan perbarisan majlis pembukaan kerana masih diluar negara untuk menjalani latihan, ,manakala atlet atlet memanah telahpun memulakan saingan.
Temer kemudiannya mengisytiharkan pembukaan Olimpik Rio 2016 secara rasmi selepas perarakan masuk kontinjen terakhir, Brazil sambil disambut dengan tepukan dan sorakan daripada penonton.
17 hari temasya berlangsung, menjadi medan kepada lebih 10 000 atlet untuk memburu pingat serta memperbaharui rekod kejohanan yang sekian lama bertahan.