Penaja penaja di Jepun mengeluarkan peruntukkan berjumlah $3.3 bilion untuk menampung penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Susulan penundaan temasya itu ke Julai 2021, penganjur pastinya akan meminta penaja penaja untuk kembali semula bagi menampung kos penganjuran temasya itu.
Laporan media tempatan, NHK mendedahkan kemungkinan besar dua pertiga daripada penaja sedia ada belum membuat keputusan untuk meneruskan penajaan bagi tempoh setahun lagi.
Penajaan yang diterima daripada syarikat tempatan mampu untuk menanggung 60% daripada kos penganjuran sementara 14% pula datangnya menerusi jualan tiket.
Jurucakap Tokyo, Masa Takaya berkata, proses rundingan untuk menyambung tempoh penajaan dijangka bermula pada bulan depan.
Jack Johnson Was Untouchable – This Is Why
Pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan syarikat terlibat dan akan membincangkan isi kandung kontrak untuk jangkamasa akan datang.
Sebanyak 67 syarikat tempatan yang diuruskan agensi pengiklanan ternama di Jepun, Dentsu Inc terlibat sebagai penaja bagi temasya Olimpik dan Paralimpik.
Malah, penganjur tidak menolak akan meminta peruntukkan yang lebih tinggi daripada syarikat terlibat dan ia pastinya mengundang persepsi negatif dan tidak akan dipersetujui memandangkan hampir kesemua syarikat dalam fasa pemulihan susulan pandemik coronavirus.
Cadangan yang dikemukakan adalah penawaran penajaan berbentuk barangan sebagai alternatif kepada penajaan untuk mengurangkan kekangan terhadap kewangan.Â
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan menampung $650 juta kos susulan penundaan Tokyo 2020 manakala selebihnya perlu ditanggung oleh Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 dan kerajaan Jepun.