20160903-Liga KPM U14 SSN Pahang SMK Seberang Temerloh(Green) vs SSN Perlis-004

SMK Seberang Temerloh (SMKST) dikerah bekerja keras untuk dua kali bangkit daripada ketinggalan sebelum mencatat keputusan seri 3-3 menentang SMK Syed Hassan (SMKSH) dalam aksi Liga Super Piala Menteri Pendidikan (B-14) yang berlangsung Sabtu.

Beraksi di tempat sendiri, SMKST menguasai babak awal permainan dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya dan berjaya membuka tirai jaringan menerusi Nasrullah Zaki yang merembat masuk gol pertama pada minit kesembilan.

SMKSH bagaimanapun tidak menunggu lama untuk bangkit apabila Syafiq Aizul menjaringkan dua gol pantas pada minit ke-12 dan 14 untuk pasukan dari Perlis itu mendahului 2-1 namun jaringan Syukur Aiman Ramly sebelum tamat separuh masa pertama membantu SMKST mengikat kedudukan 2-2. 

SMKSH yang memerlukan kemenangan untuk mencerahkan peluang ke suku akhir, hampir memastikan tiga mata milik mereka setelah Dzulafzal Masuni menjadikan kedudukan 3-2 tiga minit sebelum tamat permainan.

Namun, SMKST bernasib baik apabila dihadiahkan penalti pada masa kecederaan dan ianya disempurnakan Syukur Aiman untuk mengikat kedudukan 3-3 dan menyelamatkan satu mata buat tuan rumah.

Keputusan seri menyaksikan SMKST kekal di tangga kedua dengan 29 mata, dua mata di belakang SSM Bukit Jalil namun jurulatih, Faizal Talib berpendapat ia sepatutnya perlawanan yang mudah dimenangi oleh pasukannya.

“Lega dapat gol minit akhir. Tetapi secara keseluruhan saya tidak berpuas hati kerana kia tidak bermain dengan baik, hantaran lemah, pertahanan pun longgar, kita bagi gol-gol mudah. Kita sepatutnya menang tetapi kita lepaskan peluang.

“Satu mata hari ini menyebabkan SSM Bukit Jalil jarakkan kedudukan dengan kita. Dengan baki dua perlawanan, tempat kita di suku akhir (piala) sudah terjamin tapi saya harap pasukan akan kembali ke landasan kemenangan untuk mencabar gelaran liga. Saya cukup yakin kita boleh muncul juara liga,” ujar Fauzi.

Manakala SMKSH pula berada di tangga ketujuh dan jurulatihnya Azahar Razak nyata cukup kecewa dengan kegagalan pasukannya membawa pulang tiga mata yang disifatkannya boleh menjejaskan peluang untuk layak ke suku akhir. 

“Ia satu perlawanan yang seimbang pada awalnya, kami saling menyerang dan berbalas jaringan dan seharusnya menang tetapi keputusan pengadil menghukum kami. Pengadil telah membuat keputusan yang silap dengan memberikan penalti. Peluang kami ke suku akhir memang masih ada tetapi tipis, ia sudah tentunya mengecewakan,” katanya. 

Dalam aksi lain, SSM Bukit Jalil kekal menerajui liga dengan 31 mata setelah menewaskan SMK Tabuan Jaya di Sarawak menerusi dua gol pada minit akhir perlawanan oleh Fahmi Daniel Zaim dan Megat Syafique Syazwan.

SMK Bukit Nenas pula menewaskan SMK Seksyen 11 Selangor 2-0 menerusi jaringan Haziq Adnan dan Asri Syazani untuk mengukuhkan cengkaman di tangga ketiga sekaligus turut mengesahkan kemaraan ke suku akhir.

Sementara aksi di Johor pula menyaksikan SSM Tunku Mahkota Ismail sekadar berpuas hati dengan satu mata setelah diikat SMK Za’ba 1-1 dan kekal di tangga keempat dengan 22 mata.

20160903-Liga KPM U14 SSN Pahang SMK Seberang Temerloh(Green) vs SSN Perlis-003

20160903-Liga KPM U14 SSN Pahang SMK Seberang Temerloh(Green) vs SSN Perlis-002

Bagi aksi Liga Perdana, SMK Seri Kota (SMKSK) dari Melaka turut melangkah ke suku akhir setelah menewaskan SMK Seri Titiwangsa 3-1, hasil jaringan Fikri Azmi, Amirul Hakimi Jalani dan Haziq Suri. Kemenangan membolehkan SMKSK mengumpul 26 mata dan mengukuhkan kedudukan di tangga kedua.

SMK Mutiara Impian dari Pulau Pinang menyalakan peluang mereka untuk berada di kedudukan tiga teratas setelah menundukkan SSM Pahang 2-1, manakala SMK Tunku Anum dari Kedah menewaskan SMK Tun Hussein Onn 1-0.

 

KEPUTUSAN

LIGA SUPER PIALA MENTERI PENDIDIKAN (B14)

 

SMK Seberang Temerloh (Pahang)          3      

SMK Syed Hassan (Perlis)                       3

 

SSM Tunku Mahkota Ismail (Johor)          1

SMK Za’ba (N.Sembilan)                         1

 

SMK Bukit Nenas (Terengganu)               2

SMK Seksyen 11 (Selangor)                   0

 

SMK Tabuan Jaya (Sarawak)                   0

SSM Bukit Jalil                                       2 

PASUKAN P M S K J B BG Mt
SSM BUKIT JALIL  (B14) 14 9 4 1 25 8 17 31
SMK SEBERANG TEMERLOH (SSN PAHANG) 14 9 2 3 24 9 15 29
SMK BUKIT NENAS (SSN TERENGGANU) 14 6 6 2 16 11 5 24
SSM TUNKU MAHKOTA ISMAIL (B14) 14 5 7 2 19 9 10 22
SMK SEKSYEN 11 (SSN SELANGOR) 15 5 5 5 13 18 -5 20
SMK ZA’BA (SSN N.SEMBILAN) 14 4 5 5 19 22 -3 17
SMK SYED HASSAN (SSN PERLIS) 14 3 7 4 11 17 -6 16
SMK TABUAN JAYA (SSN SARAWAK) 15 1 3 11 5 20 -15 6
SMK PUTERA (SSN KELANTAN) 14 0 5 9 8 26 -18 5

 

 LIGA PERDANA PIALA MENTERI PENDIDIKAN (B14)

 

SMK Mutiara Impian (P.Pinang)               2

SSM Pahang                                          1

 

SMK Datuk Peter Monjuntin (Sabah)       3

MSS Putrajaya                                       0

 

SMK Tunku Anum (Kedah)                      1

SMK Tun Hussein Onn (Johor)                 0

 

SMK Seri Kota (Melaka)                                  3

SMK Seri Titiwangsa (KL)                        1 

PASUKAN P M S K J B BG Mt
SMK GUNUNG RAPAT (SSN PERAK) 14 9 4 1 26 8 18 31
SMK SERI KOTA (SSN MELAKA) 14 6 8 0 11 3 8 26
SSM PAHANG (B13) 14 7 1 6 18 19 -1 22
SMK MUTIARA IMPIAN (SSN P.PINANG) 14 5 4 5 16 16 0 19
SMK TUNKU ANUM T.A.R (SSN KEDAH) 14 5 3 6 16 15 1 18
SMK TUN HUSSEIN ONN (SSN JOHOR) 14 5 3 6 16 18 -2 18
SMK DATUK PETER MONJUNTIN (SSN SABAH) 15 5 1 9 13 19 -6 16
SMK SERI TITIWANGSA (SSN WP KUALA LUMPUR) 15 3 5 7 12 22 -10 14
MSS PUTRAJAYA (B14) 14 2 5 7 9 17 -8 11
- Advertisement -