Bekalan tipis ke separuh akhir kedua
JARINGAN penalti strok Tengku Ahmad Tajudddin Tengku Abdul Jalil pada suku keempat memberi kelelebihan buat UniKL yang mencatat kejayaan tipis 1-0 ke atas TNB pada separuh akhir pertama Piala TNB di Stadium Hoki Nasional malam ini.Â
Ketika perlawanan tampak menuju penamat tanpa sebarang gol, UniKL melancarkan serangan balas pantas dari bawah menerusi tolakan jauh yang disambut kemas Pavandip Singh sebelum dirempuh di dalam kawasan D TNB pada minit ke-56.
Pengadil tanpa ragu-ragu tegas menunjuk ke arah titik penalti untuk penalti strok yang disempurnakan oleh Tengku Ahmad Tajuddin menerusi tolakan mudah ke kanan melepasi penjaga gol TNB, Che Sharul Asmi Che Saupi.Â
Biarpun menang tipis, kemenangan itu pasti memberi sedikit kelebihan psikologi kepada UniKL yang dijangka berdepan dengan tentangan lebih sengit pada separuh akhir kedua Rabu ini.Â
Biarpun permainan nampak seimbang, TNB dilihat lebih banyak menguasai gerakan dengan larian dan percubaan bahaya termasuk peluang terbuka di depan gol dari Muhajir Abd Rauf pada suku ketiga.Â
Tiga suku pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu tanpa jaringan biarpun saling berbalas serangan. Corak permainan nyata lebih kemas dengan beneteng yang sukar ditembusi terutamanya aksi cemerlang penjaga gol kedua mereka Che Sharul yang berjaya menidakkan beberapa percubaan bahawa barisan serangan UnIKL seperti Tengku Ahmad Tajuddin, Pavandip dan Razie Rahim.
Jurulatih Megat Azrafiq Megat Termizi berkata kemenangan tipis itu belum boleh menjamin tiket ke final tetapi mampu memberi kesan positif dan dijadikan bekalan untuk mempamerkan permainan lebih meyakinkan Rabu ini.Â
âSatu gol bukanlah satu bekalan yang cukup kerana TNB mampu bangkit semula untuk memberikan tentangan. Tetapi apa yang penting, untuk 60 minit lagi nanti, pemain perlu kekal fokus dan bermain mengikut trategi yang ditetapkan,â kata beliau.Â
Bagi pengendali TNB Nor Azlan Bakar, kegagalan melakukan penyudahan sekali lagi menjadi penyebab dan kelemahan pasukan.  âPermainan nyata seimbang, saya puashati terutamanya dari segi pertahanan dan serangan tetapi penyudahan begiotu menghampakan, Jadi untuk 60 minit nanti, pemain perlu turun dengan lebih yakin,â kata beliau.Â
THT 2 – 0 MaybankÂ
JARINGAN Shello Silverius dan Fitri pada setiap separuh masa mengatasi cabaran Maybank 2-0 pada separuh akhir pertama mala mini memberikan THT bekalan agak selesa untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala TNB.
Silverius meledak gol dari gerakan padang pada minit ke-22 manakala Fitri memastikan kemenangan berpihak kepada bekas juara 5 kali itu untuk di bawa ke separuh akhir kedua pada Rabu ini.Â
Namun, Maybank bukan lawan mudah mudah kerana THT terpaksa mengerah kudrat semaksimum mungkin untuk membolosi gawang lawan.Â
Maybank, yang semakin menujukkan peningkatan, mempamerkan corak permainan kemas tetapi THT yang dikemudi penjaring terbanyak Faizal Saari  dibarisan depan sentiasa bergerak pantas untuk menembusi benteng Maybank.Â
Walaupun dengan kelebihan dua gol, THT masih belum boleh menarik nafas lega kerana baki 60 minit permainan pada Rabu ini mampu menghadirkan pelbagai kemungkinan.Â
Jurulatih THT K. Rajan puas hati dengan prestasi pemain tetapi menganggap dua gol yang diraih masih belum selesa dan bukan kelebihan besar. âPermainan masih belum berakhir dan kami akan meneliti video permainan selepas ini untuk memperbaiki apa juga kelemahan.âÂ
JADUAL PERLAWANAN:
Separuh Akhir 2 (31 March)
Maybank vs THT (6pm) NHS 1
TNB vs UniKL (8 pm) NHS 1