Pencarian pelumba muda Kejuaraan Cub Prix – ‘Malaysian Cub Prix’s Rider Search 2017’ yang dimulakan sejak sebulan lalu menerima sambutan positif dengan permohonan oleh ratusan remaja yang berminat untuk memulakan karier sebagai pelumba di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS. Melihat kepada sambutan menggalakkan, pihak promoter kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd mengalu-alukan remaja berusia 13 hingga 20 tahun untuk membuat permohonan secara terus di Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Taman Perindustrian Temerloh, Pahang pada 24 dan 25 September ini.
“Permohonan untuk menyertai perlumbaan satu pengeluar Honda dan Yamaha ini menerima sambutan baik. Kami akan mengumpul permohonan sehingga penghujung tahun ini dan akan diserahkan kepada pihak pengeluar untuk melakukan pemilihan sebelum mengumumkan nama pelumba yang terpilih,” jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.
“Kami ingin jelaskan tentang yuran komitmen berjumlah RM4000 hanyalah untuk mereka yang terpilih beraksi dalam perlumbaan musim 2017. Bayaran ini merangkumi yuran pendaftaran untuk 10 pusingan perlumbaan, insurans dan pelbagai urusan berkaitan manakala pada penghujung musim, pelumba akan memiliki barangan perlumbaan yang mereka gunakan. Bagi urusan permohonan dan ujian pemilihan, tiada sebarang bayaran dikenakan kepada mereka yang berminat.”
Selain mendapatkan borang permohonan di kawasan promosi Kejuaraan Cub Prix di setiap pusingan perlumbaan, mereka yang berminat juga boleh memohon secara di atas talian di www.malaysiancubprix.com.
“Kelebihan dan kekuatan utama Kejuaraan Cub Prix adalah kerana ia berlangsung hampir ke seluruh negera dan bandar-bandar utama. Dengan membuka peluang permohonan secara terus kepada remaja di luar sana, program ini membuka peluang lebih luas untuk kita melahirkan bakat-bakat dalam negara yang mampu menggegar di pelbagai peringkat perlumbaan,” jelas Ron.
Pengeluar motosikal Honda dan Yamaha sentiasa memainkan peranan penting dalam menyediakan landasan untuk mengembangkan bakat sukan permotoran tanah air selama ini, dimana bakat-bakat muda ini didedahkan dengan perlumbaan dari peringkat awal sebelum dipersiapkan untuk menghadapi cabaran lebih besar pada masa hadapan.
Antara mereka yang telah mencipta nama melalui perlumbaan satu pengeluar Honda dan Yamaha ini termasuklah Hafizh Syahrin Abdullah, Khairul Idham Pawi, Adam Norrodin dan beberapa pelumba lain seperti Zaqhwan Zaini yang berjaya mendominasi perlumbaan di peringkat Asia.
Malaysian Cub Prix Rider Search 2017 Draws Positive Response
The Malaysian Cub Prix’s Rider Search 2017, launched a month ago to begin the registration process for the new batch of talent to debut in 2017, had generated positive response from young Malaysians drawn to the high speed sport of motorcycle racing. To date, more than 200 enquiries and entries have been received. However, with Round 8 of the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship scheduled to take place in Temerloh, Pahang this weekend, race promoters Safe Aim Mutual would like to remind the public that registration will still be open until the end of the year.
“We would like to clarify that this registration process is merely to register their interest to be a part of either the Honda or Yamaha talent development process. From the names received, those who make the cut will be invited to an actual selection process managed by both manufacturers before a final list is announced for 2017. We would also like to explain that the MYR4,000 commitment fee is only to be paid when the rider is actually selected for the race. Until that point, young riders registering their interest and going for the selection need not pay a single sen,” said Ron Hogg, Director of Safe Aim Mutual Sdn Bhd.
Those interested could submit their details by either visiting the Malaysian Cub Prix website – www.malaysiancubprix.com, or registering in person at the Cub Prix merchandise booth at each round of the championship.
“The Malaysian Cub Prix’s biggest strength is its ability to visit many major towns and cities around the country. By taking the registration process on the road, we widen our nets and deepen the talent pool for the next wave of Malaysian talents to rock the motorcycle racing world.”
The Honda and Yamaha mono-brand races have evolved into a very important part of the talent identification platform of the Malaysian motorcycle racing ecosystem, whereby young talents are spotted early on in their racing career and groomed for bigger challenges ahead. Successful proteges of either the Honda or Yamaha one make races include current GP riders Hafizh Syahrin Abdullah, Khairul Idham Pawi, Adam Norrodin and slew of other riders like Zaqhwan Zaidi who are dominating the racing scene at the Asian level.