Wiesberger. Gambar ikhsan Global One

Oleh Ku Mohd Lufti

Selepas tamat dua pusingan kejohanan golf Jelajah Eropah Kejuaraan Maybank, saingan tampak semakin rancak dalam misi memburu slot 70 pemain yang akan meneruskan saingan sehingga ke hari keempat.

Hari kedua di Kelab Golf Saujana, Subang memperlihatkan penguasaan pemain Austria, Bernd Wiesberger yang muncul pendahulu dengan catatan 63 pukulan Sembilan dibawah par.

Wiesberger goyah seketika di lima lubang pertama dengan satu birdie dan bogey, namun prestasinya bermula dari lubang ke tujuh menjadi tumpuan.

Beliau membenam Sembilan birdie berturut turut sehingga lubang ke 15 sebelum menutup hari kedua dengan bogey dilubang 17 dan satu lagi birdie di lubang terakhir.

Selepas bermain 36 lubang, Bernd Wiesberger mengumpul 132 pukulan 12 dibawah par keseluruhan.

“Saya berjaya melakukan pukulan yang baik dari jarak tujuh atau lapan kaki dan memanfaatkan peluang di dilubang par 5.

“Segalanya begitu baik ketika di green dan hanya melakukan sedikit kesilapan, ini adalah penampilan sulung di sini dan masih cuba untuk mengenali lapangan golf di sini manakala pemain pemain lain semakin baik.

Mengekori rapat Wiesberger, Danny Willet yang menamatkan hari pertama semalam di kedudukan ketiga.

Willet sedikit hampa dilubang ke lapan apabila mencatat bogey, namun enam birdie sehingga tamat lubang ke 18 pada hari kedua sedikit sebanyak memberi tekanan ke atas Wiesberger dalam perebutan juara 2017.

Bagi Willet, cuaca bakal menjadi penentu dan pemain mana yang mamopu mengawal pukulan dengan baik pastinya akan menjadi juara.

“Saya bermain dengan baik semalam tetapi hambar pada hari ini kerana tiupan angin beberapa jam yang lalu dan agak sukar untuk mengawal permainan.

“Lapangan di sini agak mencabar khususnya di lubang ubang tertentu, saya perlu memberi tumpuan terhadap lubang tertentu dan tidak semestinya perlu bermain dengan sempurna.” Kata Willet.

Dalam pada itu, cuaca panas dan angin yang kuat ternyata menjejaskan persembahan pendahulu hari pertama, Marc Warren yang hanya menamatkan saingan hari kedua di tangga ke 12, berkongsi dengan kedudukan bersama sama lima lagi pemain dengan catatan enam dibawah par keseluruhan.

Malang nasib buat juara tahun lalu, Marcus Fraser apabila gagal melepasi cut pada hari kedua apabila hanya sekadar mengumpul 143 pukulan satu dibawah par.

Hari kedua, pemain kelahiran Australia itu hambar apabila sekadar mencatat 73 pukulan satu diatas par berbanding dua dibawah par pada hari pembukaan.

- Advertisement -